Nak transfer duit tapi tak tau cara?
Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak mengetahui cara untuk transfer duit. Ini kerana, anda masih boleh mempelajarinya. Bagi saya tiada istilah terlewat untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian CIMBClicks (online), anda boleh transfer duit menggunakan mesin deposit atau ATM CIMB. Untuk melakukan transfer ini, ianya tidaklah susah. Ini kerana anda hanya perlu menekan beberapa butang di skrin sahaja. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan caranya.

Cara transfer duit guna mesin deposit CIMB (Tanpa kad)
1- Tekan mana-mana butang atau skrin untuk aktifkan skrin
2- Pilih bahasa
3- Pilih akaun bank/ kad kredit
4- Masukkan nombor akaun penerima & pilih Ya jika betul
5- Ringkasan penerima akan dipaparkan. Jika betul masukkan duit di ruang yang disediakan & pilih teruskan selepas duit dimasukkan
6- Ringkasan transaksi akan dipaparkan. Pilih terima jika betul. Pilih tambah sekiranya ingin tambah duit.
7- Ambil resit sebagai bukti transaksi. Selesai

Cara transfer duit guna mesin ATM CIMB (Dengan Kad)
1- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM
2- Pilih bahasa
3- Masukkan No Pin. Tekan teruskan
4- Pilih lain-lain urusniaga/ Pilih Pindahan
5- Pilih Pindahan antara Bank Meps
6- Pilih Pindahan Interbank Segera
7- Pilih Bank penerima. Anda perlu masukkan kod bank dan klik Teruskan/ YA.
8- Masukkan nombor akaun penerima & sahkan
9- Masukkan jumlah & sahkan
10- Ringkasan maklumat penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan/ Ya
11- Selesai. Pastikan anda mengambil resit sebagai rekod transaksi dan kad ATM anda.
Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit atau ATM CIMB. Ini memandangkan kedua-dua mesin ini sentiasa ditambah baik.
Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit atau ATM CIMB. Ini memandangkan kedua-dua mesin ini sentiasa ditambah baik.
Cara transfer duit guna mesin deposit/ ATM CIMB
Reviewed by Lah Mohd
on
10:56:00
Rating:
No comments: