Hasilkan resume menarik?
Menarik terlalu sukar untuk didefinisikan. Ini kerana, setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri. Namun, dalam konteks resume, resume yang menarik bukanlah bermaksud resume tersebut berwarna-warni, tapi menarik kerana kandungan, penerangan, saiz tulisan, font dan gaya penulisan yang digunakan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara hasilkan satu resume yang menarik.
a) Bahasa
b) Boleh menggunakan MS office dengan cekap
c) Boleh menggunakan perisian analisis data dengan cekap
e) Dan sebagainya.
Bagi menghasilkan resume yang menarik, anda perlu senaraikan semua pendidikan formal anda bermula dari SPM hinggalah yang tertinggi. Nyatakan nama sekolah/ universiti, tempoh pengajian, bidang pengajian, dan keputusan peperiksaan. Sekiranya keputusan peperiksaan anda tidak memuaskan, anda disarankan untuk nyatakan/ senaraikan lebih banyak pengalaman kerja anda.
Note: Sekiranya pendidikan peringkat UPSR dan PMR diminta oleh majikan, anda perlu kemukakannya di dalam resume.
Menarik terlalu sukar untuk didefinisikan. Ini kerana, setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri. Namun, dalam konteks resume, resume yang menarik bukanlah bermaksud resume tersebut berwarna-warni, tapi menarik kerana kandungan, penerangan, saiz tulisan, font dan gaya penulisan yang digunakan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara hasilkan satu resume yang menarik.
Cara Hasilkan resume yang menarik
1- Jenis tulisan
Bagi memudahkan resume anda dibaca, disarankan untuk anda mengunakan tulisan dari jenis Times New Roman, Tahoma atau Arial sahaja. Tulisan ini haruslah seragam dan tidak bercampur. Contoh sekiranya anda menulis menggunakan tulisan Times New Roman, pastikan keseluruhan resume ditulis dengan tulisan yang sama.2- Saiz tulisan
Saiz tulisan yang ideal adalah 10 dan 12 bergantung kepada jenis tulisan yang digunakan. Contoh, sekiranya anda menggunakan tulisan Times New Roman, saiz ideal 12, manalaka Tahoma dan Arial, saiz ideal 10.3- Warna tulisan
Memandangkan anda sedang melakukan urusan rasmi, adalah wajib untuk anda menggunakan tulisan berwarna hitam sahaja.4- Alignment
Bagi menambahkan kesedapan mata memandang, sebelum mencetak resume, pastikan anda justify penulisan anda. Ini kerana, dengan melakukan justify, resume anda akan kelihatan lebih kemas dan tersusun rapi.5- Kandungan dan susunan resume
Bagi menarik minat bakal majikan untuk membaca resume anda, resume haruslah ditulis dan disusun secara kemas. Antara perkara yang perlu ada dalam resume anda ialah:
i- Gambar
Bagi menunjukkan anda seorang yang profesional, disarankan anda untuk meletakkan gambar passport mengikut format semasa iaitu sama ada berlatar belakangkan biru atau putih. Jangan pula diletakkan gambar candit atau tidak formal kecuali anda momohon jawatan sebagai model atau dinyatakan oleh majikan.ii- Latar belakang/ Profile
Pada bahagian ini anda perlu nyatakan nama penuh, umur, bangsa, warganegara, tahap kesihatan, nombor telefon, alamat emel dan alamat surat menyurat.iii- Kebolehan
Kebolehan bermaksud sebarang kelebihan yang terdapat pada diri anda. Contoh:a) Bahasa
b) Boleh menggunakan MS office dengan cekap
c) Boleh menggunakan perisian analisis data dengan cekap
e) Dan sebagainya.
iv- Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan penting untuk anda mengisi sebarang jawatan. Ini kerana, tanpa sebarang pendidikan formal, adalah sukar untuk anda memohon dan diterima bekerja. Dengan perkembangan dunia semasa, pendidikan digunakan untuk menentukan peringkat jawatan yang anda pohon. Semakin tinggi pendidikan anda, semakin banyak peluang pekerjaan yang boleh dipohon.Bagi menghasilkan resume yang menarik, anda perlu senaraikan semua pendidikan formal anda bermula dari SPM hinggalah yang tertinggi. Nyatakan nama sekolah/ universiti, tempoh pengajian, bidang pengajian, dan keputusan peperiksaan. Sekiranya keputusan peperiksaan anda tidak memuaskan, anda disarankan untuk nyatakan/ senaraikan lebih banyak pengalaman kerja anda.
Note: Sekiranya pendidikan peringkat UPSR dan PMR diminta oleh majikan, anda perlu kemukakannya di dalam resume.
v- Pengalaman
Selain penilaian akademik, pengalaman juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penilaian penemuduga. Semakin banyak pengalaman anda, semakin berkualiti diri anda di mata penemuduga. Dalam hal ini, anda perlu nyatakan jawatan, tempoh berkhidmat dan tugas anda secara ringkas. Bagi mempamerkan kelainan dan kelebihan diri anda dari calon lain, disarankan untuk anda meletakkan jawatan-jawatan penting yang pernah disandang oleh anda. Namun begitu, sebolehnya pastikan pengalaman tersebut berkait rapat dengan jawatan yang bakal dipohon.vi- Penerbitan
Sekiranya anda memohon jawatan akademik, sebolehnya senaraikan semua penerbitan terkini anda. Nyatakan tajuk, tahun, journal index, ranking (Q1, Q2, ..... Q4). Semakin banyak penerbitan ber'impact tinggi anda semakin tinggi peluang anda untuk diterima.vii- Seminar/ bengkel
Seminar atau bengkel merujuk kepada sebarang aktiviti yang dilakukan untuk meningkankan kemahiran dan kebolehan diri. Nyatakan, nama sijil, tahun dan penganjur.viii- Kegiatan luar/ ko-kurikulum
Kegiatan luar merujuk kepada sebarang aktiviti kokurikulum yang pernah anda dilakukan semasa di sekolah dan universiti. Dalam hal ini anda perlu nyatakan nama sijil, tahun dan peringkat. Senaraikan mengikut peringkat tertinggi kepada peringkat lebih rendah.ix- Rujukan
Rujukan merupakan perkara terakhir yang perlu anda nyatakan. Maklumat ini penting bagi membolehkan majikan anda membuat pengesahan maklumat tentang diri anda. Sebolehnya, nyatakan dua individu yang paling rapat dengan anda dan terkini. Contoh majikan, guru atau pensyarah anda. Pada bahagian ini anda perlu nyatakan nama, jawatan, alamat, emel, dan nombor pejabat.
Cara hasilkan resume menarik
Reviewed by Lah Mohd
on
14:43:00
Rating:
No comments: