Cara deposit duit guna mesin deposit MayBank - Nothing to Somethings

Cara deposit duit guna mesin deposit MayBank


Cara transfer duit guna mesin deposit MayBank (Tanpa Kad)

1- Tekan mana-mana butang atau skrin untuk aktifkan skrin

2- Pilih bahasa

3- Pilih YA

4- Pilih deposit tunai

5- Masukkan nombor akaun penerima & pilih Ya jika betul

6- Ringkasan penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan

7- Masukkan duit di ruang yang disediakan & pilih teruskan selepas duit dimasukkan

8- Ringkasan transaksi akan dipaparkan. Pilih terima jika betul. Pilih tambah sekiranya ingin tambah duit.

9- Ambil resit sebagai bukti transaksi. Selesai

Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit MayBank. Ini memandangkan mesin ini sentiasa ditambah baik.
Cara deposit duit guna mesin deposit MayBank Cara deposit duit guna mesin deposit MayBank Reviewed by Lah Mohd on 11:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.