Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB - Nothing to Somethings

Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB

Deposit duit di mesin deposit?

Sedia maklum, untuk melakukan deposit duit menggunakan mesin deposit anda mempunyai dua pilihan iaitu dengan menggunakan kad dan tidak menggunakan kad ATM.

Namun, deposit dengan menggunakan kad ATM biasanya dilakukan untuk penyimpanan wang ke akaun sendiri, manakala deposit tanpa menggunakan kad biasanya dilakukan untuk mendeposit wang ke akaun selain akaun peribadi. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan cara deposit duit.



Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB (Tanpa Kad)

1- Tekan mana-mana butang atau skrin untuk aktifkan skrin

2- Pilih bahasa

3- Pilih akaun bank/ kad kredit

4- Masukkan nombor akaun penerima & pilih Ya jika betul

5- Ringkasan penerima akan dipaparkan. Jika betul masukkan duit di ruang yang disediakan & pilih teruskan selepas duit dimasukkan

6- Ringkasan transaksi akan dipaparkan. Pilih terima jika betul. Pilih tambah sekiranya ingin tambah duit.

7- Ambil resit sebagai bukti transaksi. Selesai


Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB (Dengan kad)

Note:
Deposit dengan kad sesuai dilakukan jika anda ingin membuat simpanan ke akaun sendiri, tidak untuk ke akaun orang lain.

1- Masukkan kad ATM

2- Pilih bahasa

3- Masukkan no Pin

4- Pilih jenis urus niaga (deposit atau ATM sekiranya menggunakan mesin dwi-fungsi)

5- Pilih deposit tunai

6- Masukkan duit

7- Sahkan urus niaga

8- Ambil resit dan kad

9- Selesai

Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit CIMB. Ini memandangkan mesin ini sentiasa ditambah baik.
Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB Cara deposit duit guna mesin deposit CIMB Reviewed by Lah Mohd on 11:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.