Visa!
Apa beza Visa dan Passport?
Secara ringkasnya, Visa merupakan dokumen tambahan yang diwajibkan oleh negara-negara tertentu ke atas pelancong yang ingin memasuki negara mereka. Selain daripada Australia dan Arab Saudi, China turut mengenakan polisi yang sama. Maklumat lanjut mengenai negara yang mewajibkan visa, anda boleh buat semakan di sini.
Meskipun terdapat banyak negara yang mewajibkan visa keatas pelancong Malaysia, namun dalam artikel ini saya hanya akan kongsikan cara mohon visa ke China.
Cara buat visa ke China
1- Isi borang
Untuk dapatkan borang, anda boleh download borang tersebut di website China Visa Center atau klik pautan ini Borang permohonan Visa ke China.Cara umumnya Visa China boleh diketogerikan kepada"
i) One Entry (RM100) - Sah untuk 3 bulan dari tarikh dikeluarkan
ii) Two Entries (RM120) - Sah untuk 3 hingga 6 bulan dari tarikh dikeluarkan
iii) Multiple Entries(RM150) - Sah untuk 6 bulan dari tarikh dikeluarkan
iv) Multiple Entries (RM190) - Sah untuk 1 tahun dari tarikh dikeluarkan
Maklumat lanjut mengenai harga visa anda boleh baca Harga Visa China. Harga ini berbeza sekiranya anda ingin menyiapkannya dalam masa yang singkat.
2- Sediakan dokumen
i) Borang permohonanii) Tiket kapal terbang
iii) Passport & salinan
iv) Dua keping gambar berukuran passport (backgrund putih)
v) Hotel Booking
3- Hantar permohonan
Selepas dokumen anda lengkap anda perlu menghantarnya ke China Visa Center. Untuk makluman anda terdapat 3 China Visa Center di Malaysia iaitu:i) Kuala Lumpur
Level 5 & 6, Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur
Waktu bekerja: Isnin - Jumaat
Permohona visa: 9.00am - 3.00pm
Bayaran dan collect visa: 9.00am - 4.00pm
ii) Pulau Pinang
Ground Floor, 17 Lebuh Bishop,
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Waktu bekerja: Isnin - Jumaat
Permohonan visa: 9.00am - 5.00pm
Bayaran dan collect visa: 9.00am - 4.00pm
iii) Kuching
2nd Floor, Wisma Naim 2 1/2 Mile,
Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak.
Waktu bekerja: Isnin - Jumaat
Permohonan visa: 9.00am - 5.00pm
Bayaran dan collect visa: 9.00am - 4.00pm
Selepas borang di hantar anda boleh menyemak status permohonn anda secara online. Untuk membuat semakan anda boleh klik: Semakan Visa China Online
Note:
Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama semasa hari penyerahan dokumen, anda boleh buat appoinment. Untuk membuat appoinment tiada caj yang dikenakan. Sekiranya anda ke China Visa Center dengan membuat appoinment anda hanya perlu naik ke tingkat 5 dan maklumkan anda telah membuat appointment. Urusan seterusnya akan diatur oleh pegawai bertugas.
4- Buat bayaran & tuntut Visa
Selepas visa anda diluluskan, anda perlu membuat bayaran dan mengambilnya di China Visa Center tempat anda menghantarnya.Note:
Sekiranya anda tidak mahu ke China Visa Center, anda boleh memohon visa melalui travel agent.
Cara buat Visa ke China
Reviewed by Lah Mohd
on
00:59:00
Rating: