Persiapan sebelum bercuti ke luar negara (percutian tanpa travel agent) - Nothing to Somethings

Persiapan sebelum bercuti ke luar negara (percutian tanpa travel agent)

Seperti kelaziman, memandangkan percutian saya kebiasaanya  menggunakan konsep 'backpacker', dan tidak menggunakan khidmat travel agent, maka sedikit persiapan sebelum percutian harus dilakukan. Ini bertujuan bagi mengelakkan saya terkandas atau tertipu semasa bercuti. Memandangkan segalanya dirancang dan diurus sendiri, sedikit pengetahuan tentang lokasi yang dituju, matawang, kawasan berisiko harus di diselidiki.

Ini kerana, semasa bercuti saya biasanya akan memaksimumkan masa untuk menerokai tempat yang dikunjungi dan tidak lagi sibuk melakukan carian atau tips semasa melancong.

Bagi saya, konsep 'terjah' semasa bercuti adalah tidak praktikal untuk dilakukan memandangkan saya tidak mempunyai masa yang panjang. Bagi anda yang mempunyai masa yang panjang semasa bercuti, mungkin konsep 'terjah' boleh dipraktikan. Sebagai panduan, berikut saya senaraikan antara persiapan yang wajib saya lakukan sebelum melakukan trip kemana-mana negara.

Train dari Aranyaprathet ke Bangkok


Persiapan sebelum bercuti ke luar negara 

1- Tiket/ Pengangkutan

Setiap percutian mungkin akan menggunakan jenis pengangkutan yang berbeza. Sebagai contoh, selain daripada tiket penerbangan, anda juga mungkin akan menggunakan train, bas atau feri.

Jadi, dalam hal ini, anda perlu menyemak masa terawal dan terakhir perkhidmatan tersebut beroperasi, kos dan jumlah masa diperlukan untuk tiba ke destinasi yang dituju.  Ini bagi memastikan perjalanan anda tidak tergendala, terkandas atau terpaksa kehilangan bilik yang telah disewa disebabkan kegagalan anda untuk tiba pada masa yang sepatutnya.

Sebagai contoh, memandangkan sebelum ini saya telah bercuti ke Cambodia dan Thailand melalui jalan darat, maka saya perlu menyemak jenis pengangkutan, masa dan kos yang terlibat.  


2- Wang poket

Sedia maklum, setiap negara mempunyai matawang mereka sendiri. Sebelum berlepas pastikan anda tahu jenis matawang yang akan digunakan. Ini bagi memudahkan anda berurus niaga.

Untuk makluman, bagi kebanyakkan negara, wang mereka tidak boleh ditukar atau didapati di 'Money Changer' Malaysia. Sebagai alternatif, anda perlu membawa US Dollar dan menukar ke matawang tempatan apabila sampai di negara yang dituju. Meskipun begitu, bagi negara yang menerima matawang US Dollar anda tidak perlu menukar ke matawang tempatan apabila tiba di negara yang dituju.

Selain itu, pastikan jumlah wang yang dibawa diagihkan kepada jumlah kecil. Ini bagi mengurangkan risiko anda kehilangan sepenuhnya apabila berlaku kecurian atau tercicir. Sekiranya anda bercuti dalam jumlah yang ramai, anda mungkin boleh mengagihkan kepada rakan-rakan. 


3- Itinerary

Sebelum hasilkan itinerary, semak dahulu jumlah cuti yang anda ada. Ini bagi membolehkan aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan jumlah hari yang anda ada. Bagi saya, itinerary yang baik adalah itinerary yang tidak terlalu padat dan mudah untuk difahami. Itinerary yang lengkap harus mengandungi tarikh, aktiviti, pengangkutan yang akan digunakan, cara ke lokasi tersebut dan kos yang terlibat (sekiranya ada). Untuk tujuan keselesaan, pastikan itinerary yang dihasilkan tidak terlalu padat dengan aktiviti.

Manakala, bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastikan anda mengambil kira faktor usia dan bilangan anak yang akan  dibawa. Ini kerana, setiap anak kecil mempunyai ragam mereka sendiri. Pastikan anda tahu masa tidur/rehat, susu/makan dan lain-lain keperluan.


4- Penginapan

Untuk mengurangkan kos dan memaksimumkan masa, penginapan yang dipilih haruslah berada di sekitar lokasi yang ingin dituju. Sebolehnya carilah hotel yang berada satu laluan atau berada di sekitar tempat yang ingin dituju. Ini kerana, meskipun penginapan yang dipilih mungkin murah dari segi harga, tapi anda perlu pertimbangkan kos, masa dan jarak yang mungkin anda perlu korbankan untuk anda ke lokasi menarik yang dipilih.

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan penginapan yang dipilih sesuai untuk pelancong kecil seperti mempunyai lif, ruang legar yang besar, mesra stroller dan sebagainya. Sebolehnya, elakkan penginapan yang mempunyai terlalu banyak anak tangga yang mana mungkin akan menyukarkan pergerakkan anda.

Selain itu, bagi anda yang beragama islam, menjadi kelebihan sekiranya penginapan anda berada di sekitar restaurant halal.


5- Makanan

Mencari makanan halal adalah wajib bagi muslim. Sekiranya perlu, pastikan anda membawa bekalan makanan halal dari Malaysia. Namun begitu, pastikan makanan yang dibawa tidak terlalu banyak sehinggakan anda perlu membuangnya atau meninggalkannya secara terpaksa. Dalam kata lain, anda terpaksa meninggalkan makanan anda di masjid atau hotel dengan niat bersedekah dan bukan ditempat sepatutnya.

Dalam hal ini, anda perlu berwaspada kerana bagi kebanyakkan negara, meninggalkan barangan tanpa pengawasan adalah satu kesalahan walaupun hanya bungkusan makanan biasa. Sekiranya anda ingin bersedekah, pastikan anda mencari penerima yang sanggup menerima makanan anda. Jangan tinggalkan tanpa pemilik. Ini kerana, jika disabit kesalahan anda mungkin akan didenda. 


6- Travel Insurans

Bagi memastikan anda bercuti dalam keadaan tenang, pastikan anda dilindungi dengan Travel Insurance. Sebolehnya carilah Travel Insurance yang menawarkan "Guarantee Letter'. Ini bertujuan bagi membolehkan anda dimasukkan ke hospital tanpa perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan sendiri. Ini kerana, ada sesetangah Travel Insurance menggunakan konsep 'Pay & Claim'. Konsep ini mungkin akan membebankan anda memandangkan kos perubatan di luar negara adalah berganda mahal daripada Malaysia. 

Baca juga: Cara beli Travel Insurance Etiqa


7- Membuat salinan dokumen penting

Dokumen penting termasuklah salinan passport, maklumat waris bagi tujuan kecemasan, alamat dan nombor kedutaan dan salinan policy travel insrance. Bagi melancarkan percutian, pastikan kesemua dokumen ini diletakkan di satu ruangan yang mudah dicari dan selamat. 
Persiapan sebelum bercuti ke luar negara (percutian tanpa travel agent) Persiapan sebelum bercuti ke luar negara (percutian tanpa travel agent) Reviewed by Lah Mohd on 23:28:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.