Persiapan naik kapal terbang dengan anak kecil - Nothing to Somethings

Persiapan naik kapal terbang dengan anak kecil

Naik kapal terbang bersama anak kecil?

Sekiranya dahulu, kapal terbang merupakan pengangkutan mewah, namun dengan adanya pelbagai tawaran murah, kini kapal terbang boleh dinaiki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, untuk menaiki kapal terbang dengan anak kecil ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, untuk membawa anak kecil bersama, kesabaran yang tinggi diperlukan. Mana tidaknya, anak kecil memerlukan perhatian yang khusus dan berterusan. Ini berbeza dengan anak yang dewasa yang mana mampu diarah untuk duduk dengan tertib.

Meskipun anak kecil teruja untuk menaiki kapal terbang, namun kebiasaannya ianya hanyalah untuk beberapa minit pertama sahaja. Selepas kebosanan, mereka mula meragam dan inginkan kebebasan.

Sebagai rujukan bersama, disini saya kongsikan antara beberapa tip yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko anak meragam.



Persiapan naik kapal terbang dengan anak kecil

1- Susu

Susu merupakan keperluan wajib bagi anak kecil. Jadi bagi memudahkan anda membancuhnya, pastikan susu dan kelengkapannya diletakkan secara berasingan daripada beg pakaian. Selain itu, semasa ingin menaiki kapal terbang digalakkan untuk anda menyimpan susu di dalam container susu bersaiz kecil.  Dalam kata lain, setiap container hanya boleh digunakan untuk sekali bancuhan sahaja. Ini kerana, sedia maklum ruang antara kerusi tidaklah besar. Sekiranya anda membawa tin besar, ia mungkin akan mengganggu penumpang di sebelah anda dan melambatkan anda untuk membancuh susu.

Selain ini, dengan meletakkan susu secara berasingan ianya akan memudahkan proses pemeriksaan keselamatan semasa anda ingin menaiki pesawat. Sedia maklum, susu antara bahan larangan untuk dibawa jika anda ingin keluar negara. Namun, sekiranya anda membawa anak kecil bersama, susu dibenarkan. 


2- Lampin/ pampers

Seperti susu, lampin pakai buang bayi juga harus diletakkan secara berasingan. Ini bagi memudahkan anda menukarnya apabila diperlukan. Untuk tujuan keselesaan anak anda dan penumpang lain, pastikan lampin/ pampers anak anda sentiasa berada di dalam keadaan kering. Sekiranya pampers anak anda basah, pastikan anda menukarnya sebelum menaiki pesawat. Ini kerana, pampers yang basah adalah antara salah satu faktor anak kecil meragam.


3- Pakaian extra

Anak kecil biasanya tidak terlepas daripada terkena kotoran sama ada semasa makan atau semasa dilepaskan bermaian. Jadi sebagai ibubapa, anda perlu pastikan beg susu anak anda turut dilengkapi pakaian extra. Selain itu, pastikan juga anda turut membawa sehelai selimut atau sepasang sweater untuk digunakan semasa kecemasan. Ini kerana, sekiranya anda menaiki kapal terbang di lewat petang atau malam, kebiasaannya suhu di dalam kapal terbang agak sejuk. Jadi dengan membawa kelengkapan seperti ini, ia boleh memberi keselesaan kepada anak anda.


4- Makanan ringan

Bagi anda yang menaiki kapal terbang atau transit bagi tempoh yang lama, saya sarankan anda untuk membawa makanan ringan. Sebagai contoh biskut. Ini kerana, sedia maklum tempoh makan anak kecil adalah tidak berjadual dan kerap. Dengan adanya kudapan ringan sebegini, ia boleh mengurangkan risiko anak kecil anda meragam sementara anda menyediakan makanan mereka. 


5- Mainan

Mainan dan anak kecil sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sebelum menaiki kapal terbang, pastikan anda bawa bersama mainan kesukaan mereka. Ini kerana, hanya mainan kesukaan mereka sahaja yang mampu mendiamkan mereka untuk tempoh yang lama. Sekiranya anda memberi mainan baru dikuatiri mereka mudah bosan atau kurang minat.


6- Penutup telinga/ Ear plugs

Penutup telinga atau ear plugs penting untuk keselesaan anak anda. Sebelum menaiki kapal terbang, saya sarankan anak kecil anda dipakaikan ear plugs. Ini kerana, dengan memakai ear plugs ia dapat mengurangkan risiko anak anda mengalami sakit telinga disebabkan tekanan ketinggian di dalam kabin. Tekanan ini biasanya berlaku terutamana semasa kapal terbang ingin mendarat dan berlepas. 


7- Tisu/ wet tisu

Bagi memastikan kerusi anda dan anak kecil sentiasa berada dalam keadaan bersih, saya sarankan anda bawa bersama tisu/wet tisu. Ini kerana, jarang sekali kerusi anak kecil anda tidak berselerak selepas makan. Jadi bagi memastikan keselesaan dan kebersihan anak anda, pastikan anda membawa tisu/ wet tisu untuk digunakan apabila diperlukan. Ini kerana, sekiranya kerusi anda kotor, bukan sahaja anda tidak selesa tapi penumpang lain juga merasa geli.
Persiapan naik kapal terbang dengan anak kecil Persiapan naik kapal terbang dengan anak kecil Reviewed by Lah Mohd on 00:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.