Bercuti dengan anak kecil sememangnya memerlukan kesabaran tinggi. Mana tidaknya, stamina anak kecil tidak setanding dengan stamina orang dewasa. Anak kecil biasanya mudah letih, cepat meragam dan memerlukan rehat yang banyak. Sebagai ibubapa, anda mungkin akan menjadi mangsa tempat mereka untuk melepaskan letih. Ini termasuklah anda perlu mendukung mereka apabila mereka tidak mahu berjalan.
Pantai Ao Nang |
Sebagai alternatif, membawa stroller adalah pilihan yang terbaik. Ini termasuklah semasa anda bercuti ke Krabi. Ini kerana, mengikut pemerhatian saya, Krabi sangat mesra dengan pelancong kanak-kanak.
Untuk makluman anda, laluan pejalan kaki yang lebar, rata dan mesra stroller disediakan. Jadi sepanjang percutian anda ke Krabi, anda boleh bercuti dengan tenang asalkan anda bawa bersama stroller. Di sepanjang laluan, tidak terdapat sebarang halangan untuk anda bergerak. Selain itu, turut disediakan beberapa kerusi batu untuk anda dan anak kecil berehat setelah penat berjalan.
Laluan pejalan kaki di Ao Nang |

Krabi, bandar mesra pelancong kanak-kanak?
Reviewed by Lah Mohd
on
00:16:00
Rating:
No comments: