Cara tempah hotel dengan booking.com - Nothing to Somethings

Cara tempah hotel dengan booking.com

1- Buka Booking.Com

Seperti melakukan urusan online lain, untuk lakukan tempahan melalui Booking.Com anda perlu membuka website mereka. Dalam hal ini, anda boleh membukanya melalui komputer atau Apps Booking.Com di Hpone anda. Bagi saya menggunakan hpone adalah lebih cepat dan mudah. 

Untuk menggunakan Apps Booking.Com di Hpone anda perlu:
i- Download Apps di PlayStore sekiranya belum ada
ii- Log-in atau Sign-up sekiranya belum mempunyai akaun
iii- Lakukan tempahan


2- Membuat carian

Untuk lakukan carian anda perlu masukkan:
i- Lokasi
ii- Tarikh check-in dan check-out
iii- Bilangan bilik dan penghuni
iv- Klik Search

Booking.Com


3- Pilih hotel

Untuk memudahkan pilihan hotel, anda boleh menyenarai pendek pilihan hotel dengan menggunakan fungsi:
i- Sort
ii- Filter
iii- Map

Untuk makluman, ketiga-tiga fungsi ini boleh digunakan secara serentak. Mengikut pengalaman, terlebih dahulu saya akan:
i- Sort kan hotel berdasarkan harga paling murah kepada mahal.
ii-  Filter kan range harga. Contoh AUD0-AUD80
iii- Menggunakan fungsi Map untuk melihat lokasi hotel tersebut (rujuk gambar 3)

Pilihan hotel selepas menggunakan 3 fungsi di atas

Untuk membuat pilihan hotel, klik sahaja icon hotel tersebut. Manakala, untuk membuat tempahan, klik icon "see your option" dan klik "Select" dan "Reserve"

Gambar 3 - Pilihan hotel dengan menggunakan fungsi ke-3

Note:
Bagi memastikan anda benar-benar berpuas hati dengan hotel yang dipilih, saya sarankan anda membaca review penghuni sebelum menempahnya. 


4- Buat bayaran

Langkah terakhir adalah membuat bayaran. Dalam hal ini Booking.Com biasanya menawarkan dua pilihan "Pay at the Property" dan "Pay now". Sekiranya anda ingin melakukan bayaran di kaunter hotel semasa check-in (Pay at the property) anda perlu menempah hotel yang menawarkan fungsi ini sahaja. 

Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan pilihan pertama iaitu Pay at the property. Ini kerana dengan menggunakan pilihan ini, saya boleh melakukan pembatalan/ cancel tempahan secara percuma sekiranya saya membatalkan percutian. 

Untuk sahkan/ confirm tempahan anda perlu masukkan beberapa maklumat diri seperti nama dan nombor kad debit/kredit. Dalam hal ini, anda perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga anda menerima emel pengesahan daripada Booking.Com


Note: 
Untuk dapatkan 10% cash back reward, anda boleh lakukan tempahan dengan menggunakan pautan/link rujukan ini: Website Booking.com

Untuk dapatkan cash back reward anda perlu:
1- Buka link di atas
2- Login ke akaun booking.com anda/ Sign-up sekiranya belum
3- Lakukan tempahan
4- Check-in penginapan anda/ bercuti
5- Reward di kreditkan ke akaun Booking.Com
Cara tempah hotel dengan booking.com Cara tempah hotel dengan booking.com Reviewed by Lah Mohd on 11:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.