Percutian pendek ke bumi Goald Coast Australia.
Setanding dengan nama lokasi bandarnya Surfers Paradise, pemandangan pantainya cukup cantik memukau. Dengan hanya 5H4M saya telah ke beberapa lokasi menarik seperti Sea World, Movie World, Harbour Town, Skypoint observation deck dan Surfers Paradise Beachfront market.
Untuk ke semua lokasi ini, saya hanya menggunakan bas dan train sahaja. Untuk menaiki bas dan train, caranya hampir sama di Malaysia sahaja. Apa yang penting anda tidak berat mulut untuk bertanya sekiranya anda tidak pasti laluan train atau bas. Bagi membantu anda, berikut saya ringkaskan itinerary percutian saya ke bumi Gold Coast.

Cara saya ke Gold Coast 5H4M (Itinerary)
Aktiviti
|
14/7/2019
Flight Kuala Lumpur - Gold Coast Sekitar 8 jam dalam penerbangan |
15/7/2017
Tiba di Gold Coast 9.25am tiba di Gold Coast. Selesaikan urusan imigresen dan keselamatan. Airport ke Surfers Paradise (hotel) - Berjalan 10 minit ke bus stop Golden Four Dr Near Johnston St - Dari bus stop ambil bas 700 ke Broadbeach South Station - Dari Broadbeach South ambil train ke Cavil Avenue - Berjalan sekitar 10 minit ke hotel City Sightseeing & Hard Rock Cafe - Berjalan sekitar 10 minit dari hotel |
16/7/2019
Movie World - Dari stesen Cavil Avenue ambil train ke Helens Vale (+- 34 minit) - Dari Helens Vale ambil bas TX7 ke Movie World (+- 9 minit) Harbour Town - Dari stesen Movie World ambil bas TX7 ke Helens Vale - Dari Helens Vale ambil bas 704 ke Harbour Town Harbour Town ke Hotel - Dari Harbour town ambil bas 704 ke Sea World - Dari Sea World ambil bas 705 ke Surfers Paradise - Berjalan ke kotel |
17/7/2019
Sea World Gold Coast - Dari stesen Remembrance Dr at Bruce Bishop Car Park ambil bas 705 ke Sea World Sea World ke Hotel - Dari Sea World ambil bas 705 ke Surfers Paradise Surfers Paradise Beachfront Market - Berjalan sekitar 10 minit dari hotel Sky Point Observation Deck - Berjalan sekitar 10 minit dari Surfers Paradise Beachfront |
18/7/2019
Hotel ke Airport - Dari stesen Cavil Avenue ambil train ke Broadbeach South - Dari Broadbeach South ambil bas 700 ke Golden Four Dr at Archer Street - Berjalan sekitar 10 minit ke airport Flight Gold Coast - Kuala Lumpur - Check-in dan bersedia berlepas ke Kuala Lumpur 10.35am |
Note:
Bagi memudahkan anda mengesan lokasi, setibanya di airport disarankan anda untuk membeli simcard
Restaurant halal sekitar Surfers Paradise
1- Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant2- Bali in Paradise
3- Coconut taste if Thailand
4- Shiraz Authentic Persian Restaurant
5- Afghani Charcoal Kebab House
Cara saya ke Gold Coast 5H4M (Itinerary)
Reviewed by Lah Mohd
on
11:24:00
Rating:
No comments: