Mendeley?
Sedia maklum, Mendelay merupakan satu software yang digunakan untuk membuat citation dalam penulisan akademik. Dengan adanya bantuan Mendeley penulisan anda akan menjadi lebih cepat, kemas dan tersusun. Tiada lagi isu anda terlupa meletakkan nama penulis di dalam senarai rujukan, tersilap susunan dan sebagainya. Ini kerana, dengan fungsi satu klik semua citation dan senarai rujukan anda akan tersusun kemas.
Meskipun Mendeley sangat penting dalam penulisan akademik, namun masih ramai yang belum tahu cara untuk menggunakannya. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara pasang Mendeley di Microsoft Word, Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley, Cara buat citation guna Mendeley dan Cara buat senarai rujukan guna Mendeley.
Note:
Sebelum memasang Mendeley di Microsoft Word, pastikan anda telah install dan Login Mendeley di Laptop atau Dekstop anda.
Mendeley |
Cara pasang Mendeley di Microsoft Word
1- Tutup semua file Microsoft
Sebelum anda pasang Mendeley ke Microsoft, pastikan semua file Microsoft ditutup. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan proses untuk memasang Mendeley gagal.
2- Buka Mendeley
Langkah kedua, anda perlu buka Mendeley yang telah di install di desktop/ laptop anda.
3- Pada bahagin tool bar Mendeley Klik "Tools"
4- Klik "Install MS Word Plugin"
5- Klik OK
Selepas anda klik "Install MS Word Plugin" paparan dibawah akan terhasil. Klik "OK".
6- Buat semakan
Langkah terakhir adalah membuat semakan. Langkah ini dilakukan bagi memastikan sama ada, anda berjaya memasang Mendeley ke Microsoft Word atau tidak.Untuk membuat semakan, anda perlu buka Microsoft Word, Klik References. Anda berjaya memasang Mendeley, sekiranya bahagian References di dalam Microsoft Word anda mempunyai paparan seperti diatas.
Baca juga:
1- Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley
2- Cara buat citation guna Mendeley
3- Cara buat senarai rujukan guna Mendeley
Cara pasang Mendeley di Microsoft Word
Reviewed by Lah Mohd
on
13:41:00
Rating:
No comments: