Bercuti lama dengan beg galas seberat 7 kg?
Boleh ke?
Nak bawa apa ya?
Boleh ke?
Nak bawa apa ya?
Kedengaran pelik tapi ianya tidak mustahil. Yang penting anda tahu caranya. Ini kerana, walaupun baju yang dibawa mencukupi, tetapi sering kali terjadi apabila sampai ke destinasi percutian:
1- Baju tidak dipakai semua
2- Terbeli baju baru
3- Beg beranak
Jadi untuk tujuan apakah beg bersaiz besar yang dipenuhi segala perkakas peribadi dibawa. Tidakkah ianya satu pembaziran dan membebankan diri sendiri?
Backpack untuk trip 9H8M (Beg saya warna hitam di kaunter tiket) |
Pernahkah anda mendengar istilah "Travel like a local". Sekiranya Ya, saya sarankan anda menggunakan konsep ini. Memandangkan setiap individu mempunyai definisi sendiri, jadi anda boleh praktikan mengikut kesesuaian diri anda. Sekiranya anda tidak suka sesuatu yang lasak, tidak perlulah anda mengubah diri anda untuk menjadi seperti Backpacker. Cukup sekadar menjadi seorang yang rasional semasa bercuti.
Bagi membantu anda berikut saya kongsikan cara bagaimana anda boleh bercuti dengan barangan peribadi yang minimum.
Dalam hal ini, pernahkah anda menempah hotel?
Semasa menempah hotel pernahkah anda melihat facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel? Jika ya, ini bermaksud anda menitikberatkan facilities yang ditawarkan.

Jika anda perasan, kini kebanyakkan hotel ada menawarkan kemudahan laundry, jadi kenapa anda perlu menarik beg bersaiz besar. Hantar sahaja laundry/ dry cleaning dan semua masalah anda selesai.
Ini kerana, kebiasaannya pakaian yang di hantar laundry dapat dipulangkan kepada pemilik dalam masa 12 jam sahaja. Contohnya, sekiranya anda hantar awal pagi, biasanya lewat petang anda telah menerimanya.
Manakala, sekiranya anda merancang untuk memasak, pilih sahaja penginapan yang menyediakan kemudahan tersebut. Tidak perlulah anda membawa rice cooker atau kuali sendiri. Bagi muslim, sekiranya anda tidak yakin dengan tahap kebersihan alatan memasak, bawa sahaja sabun sertu.
Dari segi bahan untuk memasak, tidak perlulah untuk anda membawa kesemua bahan atau rempah seperti anda memasak di rumah sendiri. Ini kerana, anda tidak mempunyai masa untuk memasak benda yang rumit. Cukup sekadar membawa bahan asas sahaja. Ini kerana, anda mungkin berada di bilik/ penginapan hanya di awal pagi dan malam sahaja. Selebihnya anda berada di luar.

Bagi saya, semasa bercuti hanya barangan peribadi ini yang wajib dibawa:
1- Beberapa pasang seluar/baju
2- Toiletries peribadi
3- Ubat-ubatan peribadi
4- Travel adapter/ extention
5- Sepasang down jacket (sekiranya bercuti dimusim sejuk)
6- Sepasang kasut & beberapa pasang stokong dan/atau selipar
7- Makanan ringan
Baca juga: 5 jenis makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti
Sekiranya barangan ini tidak mencukupi, beli sahaja semasa bercuti. Dalam hal ini, anda tidak perlu membawa semua barangan yang difikirkan perlu seperti berada di rumah kecuali anda mempunyai anak kecil. Ini kerana, ada tidak mempunyai masa untuk menggunakannya semua seperti dirumah. Sekiranya anda janis lasak, mungkin dalam sehari anda hanya memakai sepasang pakaian sahaja.
Baca juga: Persiapan sebelum bercuti ke luar negara

Cara packing backpack untuk bercuti lama
Reviewed by Lah Mohd
on
12:42:00
Rating:
No comments: