Cara ke Siem Reap dari Phnom Penh?
Cara ke Phnom Penh dari Siem Reap?
Diketahui umum, Siem Reap dan Phnom Penh merupakan dua bandar yang terpisah jauh. Untuk menghubungkan kedua-dua bandar ini melalui jalan darat, secara purata masa sekitar 6 jam diperlukan dengan menaiki bus. Bagi warga asing, kebiasaannya harga bermula sekitar USD10/ sehala/ seorang. Mengikut pengalaman saya, syarikat Mey Hong merupakan bus yang paling murah.
Bagi anda yang travel bersendirian tanpa travel agent dan ingin melihat Cambodia dari dekat, bus adalah pilihan terbaik. Selain daripada selesa, harga yang ditawarkan pula mampu milik.
Harga ini pula berbeza diantara bus yang melakukan perjalanan siang dan malam hari. Ini kerana, bus malam biasanya menggunakan sleeper bus atau hotel bus, manakala bus perjalanan siang menggunakan bas biasa. Bagi membantu anda, berikut saya senaraikan antara nama bus yang beroperasi di Cambodia.
Mey Hong Sleeper bus dari Siem Reap ke Phnom Penh |
Cara dari/ke Siem Reap ke/ dari Phnom Penh
1- Bus
Bus biasanya digunakan bagi perjalanan waktu siang. Bentuk kerusi adalah sama seperti bus yang beroperasi di Malaysia. Antara syarikat yang menyediakan perjalanan waktu siang:
i- Giant Ibis
ii- Mey Hong
iii- Virak Buntham Express
2- Sleeper Bus/ Hotel bus
Bagi perjalanan malam, kebiasaannya anda akan ditawarkan dengan kemudahan sleeper bus atau hotel bus. Namun begitu, ada juga beberapa syarikat yang menawarkan bus biasa untuk perjalanan malam. Sebelum membeli tiket pastikan anda bertanyakan dahulu jenis bus yang digunakan. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan sleeper bus/ hotel bus:
i- Mey Hong
ii- Giant Ibis
iii- Virak Buntham Express
Cara ke Siem Reap dari Phnom Penh
Reviewed by Lah Mohd
on
07:00:00
Rating:
No comments: