Cara ke Phuket dari Bangkok - Nothing to Somethings

Cara ke Phuket dari Bangkok

1- Kapal terbang 

Pantas dan menjimatkan masa. Untuk menaiki kapal terbang ke Phuket, anda boleh memilih sama ada untuk berlepas dari Suvarnabhumi atau Don Muang International Airport. Namun, bagi saya, menaiki kapal terbang di Suvarnabhumi adalah lebih senang dan selesa. Ini kerana, meskipun Don Muang turut dihubung dengan laluan train, namum train di Suvarnabhumi lebih baru dan selesa. Dalam hal ini, penerbangan terus dari Bangkok ke Phuket mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja.

Taman bersebelahan Wat Arun di Bangkok

2- Bas

Selain daripada kapal terbang, anda juga boleh ke Phuket dari Bangkok dengan menaiki bas. Dalam hal ini, bas akan menghubungkan anda dari Southern bus terminal, Bangkok ke stesen bas Phuket. Dengan tambang sekitar THB640, anda akan tiba di stesen bas Phuket selepas 13-14 jam perjalanan.


3- Train/ kereta api 

Untuk menaiki kereta api dari Bangkok ke Phuket anda perlu:

i) Bangkok - Surat Thani
Dapatkan tiket kereta api dari stesen Hua Lamphong ke stesen Surat Thani dengan harga sekitar THB500-THB1340. Harga ini berbeza mengikut jenis seat yang dipilih sama ada First class atau second class. Dari segi masa perjalanan pula, ianya berbeza-beza bergantung kepada jenis kereta api yang anda naiki. Secara umumnya ia mengambil masa sekitar 9-13 jam.

ii) Surat Thani - stesen bas Phuket
Untuk ke stesen bas Phuket dari Surat Thani, anda boleh menaiki bas dengan tambang sekitar THB220-THB260. Perjalan ke Phuket dari Surat Thani akan mengambil masa sekitar 5 jam bergantung kepada lalu lintas.
Cara ke Phuket dari Bangkok Cara ke Phuket dari Bangkok Reviewed by Lah Mohd on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.