Untuk makluman, di Bangkok terdapat dua terminal bus utama iaitu:
1- Northern Bus terminal (Mo Chit bus terminal)
2- Southern Bus terminal (Sai Tai Mai terminal)
Dalam hal ini, Northern bus terminal lebih tertumpu kepada laluan bus arah utara, manakala Southern bus terminal lebih tertumpu kepada laluan arah selatan seperti Krabi, Phuket dan Hatyai.
Memandangkan Krabi berada di sebelah selatan Thailand, maka untuk ke Krabi anda perlu ke Southern bus terminal atau Sai Tai Mai Terminal.
Setibanya di Southern bus terminal, anda perlu ke kaunter dan dapatkan tiket ke Krabi. Dalam hal ini anda tidak perlu risau dengan 'ulat tiket'. Ini kerana, mengikut pemerhatian saya, saya tidak menemui seorang pun ulat tiket. Semua urusan pembelian tiket dilakukan di kaunter seperti di Terminal Bersepadu Selatan.
Bus Bangkok ke Krabi |
Untuk ke Krabi, harga yang ditawarkan bermula sekitar THB637 seorang dengan perjalanan sekitar 13 jam. Meskipun perjalanan agak lama, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di dalam bus terdapat tandas dan turut disediakan selimut, makanan ringan dan air mineral. Sepanjang perjalanan bus akan berhenti sekali di R&R.
Baca juga: Cara ke Sai Tai Mai Bus terminal dari bandar Bangkok
Baca juga: Cara ke Sai Tai Mai Bus terminal dari bandar Bangkok
Note:
Sekiranya anda perlu transit lama di terminal bus, anda tidak perlu risau. Ini kerana di Southern bus terminal terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti kedai, restaurant, surau dan sebagainya. Saiz terminal juga besar dan mempunyai beberapa aras selain ber'aircond.
Cara ke Krabi dari Bangkok dengan bus
Reviewed by Lah Mohd
on
11:40:00
Rating:
No comments: