Cara ke Hat Yai dari Kuala Lumpur (Bas dan Train) - Nothing to Somethings

Cara ke Hat Yai dari Kuala Lumpur (Bas dan Train)

Hatyai!!!

Diketahui umum Hatyai merupakan kawasan tarikan popular di Thailand yang menawarkan pelbagai jenis masakan yang menarik. Bagi pengunjung muslim, anda tidak perlu risau. Ini kerana terdapat banyak restaurant yang menyediakan makanan halal. 

Memandangkan baru-baru ini saya telah ke Hatyai melalui jalan darat, disini saya kongsikan caranya. Bagi saya meskipun masa perjalanannya agak panjang, namum pengalaman yang diperolehi cukup berbeza.

Hat Yai


Cara ke Hatyai dari Kuala Lumpur (Bas dan Train)

1- Train 

Untuk menaiki train ke Hat Yai dari Kuala Lumpur anda perlu melalui 3 peringkat iaitu:

i- ETS
Langkah pertama, anda perlu dapatkan tiket ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Basar. Tiket ini boleh dibeli di 3 stesen iaitu:
- Kuala Lumpur
- KL Sentral
- TBS

Harga yang ditawarkan bermula sekitar RM76 dengan masa perjalanan sekitar 6 jam. Dalam hal ini, terapat 5 masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang besar

ii- Imegresen Malaysia - Thailand
Setibanya anda di Padang besar, anda bolehlah terus ke ruang kawalan pemeriksaan imegresen. Untuk makluman, di sini anda perlu melalui dua pemeriksaan iaitu (1) Imegresen Malaysia dan (2) Imegresen Thailand. Selesai urusan anda bolehlah terus ke terminal kereta api ke Haytai. Semasa di imigresen Thailand anda perlu mengisi arrival form.

Untuk ke terminal kereta api anda hanya perlu berjalan sahaja. Sebagai kudapan di dalam kereta api, anda bolehlah membeli makanan di sekitar laluan ke terminal. Harga yang ditawaran pula cukup berpatutan dan mungkin boleh dianggap murah. 

iii- Padang Besar ke Hatyai
Meskipun terdapat pengangkutan bas/van ke Hatyai, namun saya sarankan anda menggunakan kereta api . Ini kerana, pemandangan yang ditawarkan cukup cantik. Dalam hal ini, train yang digunakan agak klasik. Meskipun tidak berhawa dingin, anda akan dapat rasai satu pengalaman yang baru dan menarik. Harganya pula hanya THB50. Untuk makluman, train ini beroperasi dua kali sehari sahaja iaitu pada pukul 9.00am & 3.45pm (waktu Thailand). 


2- Bas

Manakala, sekiranya anda ingin menaiki bas, anda boleh membeli tiket di TBS (terminal bersepadu selatan). Harga yang dikenakan juga agak murah iaitu bermula sekitar RM55 dan berbeza bergantung kepada jenis bas dengan masa perjalanan sekitar 9 jam.

Dalam hal ini, prosesnya hampir sama, cuma bas akan melalui Bukit Kayu Hitam. Antara kelebihan menaiki bas adalah anda tidak perlu berjalan di antara sempadan Malaysia - Thailand. Ini kerana, bus anda akan membawanya. Anda hanya perlu turun untuk dapatkan cop passport apabila diminta. 

Selamat bercuti...

Cara ke Hat Yai dari Kuala Lumpur (Bas dan Train) Cara ke Hat Yai dari Kuala Lumpur (Bas dan Train) Reviewed by Lah Mohd on 15:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.