Ke Hat Yai dari Krabi?
Untuk makluman, terdapat dua cara untuk ke Hat Yai dari Krabi iaitu dengan menggunakan bus atau minivan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan caranya.
Bamboo island |
Cara ke Hat Yai dari Krabi
1- Local bus
Untuk menaiki local bus ke Hat Yai dari Krabi, kebiasaannya anda perlu dapatkan bus di terminal bus Krabi. Harga yang ditawarkan adalah bermula sekitar THB230 seorang. Dalam hal ini, anda akan naik di terminal bus Krabi dan turun di terminal bus Hat Yai.
Namun, meskipun harga local bus dari Krabi ke Hat Yai lebih murah daripada minivan, sekiranya hotel anda berada jauh daripada terminal, kos lain harus dipertimbangkan.
Sebagai contoh, sekiranya hotel anda berada di Ao Nang, kos local bus THB60 dari Ao Nang ke Terminal bus Krabi harus di ambil kira.

2- Minivan
Minivan biasanya digunakan untuk service 'hotel to hotel'. Dalam kata lain, anda diambil dari hotel dan dihantar ke hotel. Untuk ke Hat Yai dengan menggunakan minivan, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu dapatkan tiket dari travel agent atau lobi hotel sahaja. Ini kerana, kebanyakkan hotel di Krabi menawarkan service jualan tiket. Ini termasuklah tiket ke tempat menarik atau tour.
Bagi tempoh perjalanan sekitar 5 jam, harga yang ditawarkan bermula THB350 sahaja dan trip paling awal adalah pada jam 6am.
Bagi tempoh perjalanan sekitar 5 jam, harga yang ditawarkan bermula THB350 sahaja dan trip paling awal adalah pada jam 6am.
Cara ke Hat Yai dari Krabi
Reviewed by Lah Mohd
on
23:58:00
Rating:
No comments: