Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalanan terus) - Nothing to Somethings

Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalanan terus)

Ke Bangkok dari Siem Reap melalui jalan darat?

Bagi anda yang tidak biasa bercuti merentasi sempadan melalui jalan darat, ianya mungkin kedengaran pelik. Namun, bagi saya ianya sesuatu yang menarik. Ini kerana, dengan satu tempoh percutian anda boleh melawat ke beberapa kawasan menarik.

Untuk makluman anda, untuk ke Bangkok dari Siem Reap, ianya sangatlah mudah. Dalam hal ini anda mempunyai dua pilihan iaitu:
2- Perjalanan terus

Namun, dalam artikle ini saya hanya akan kongsikan cara ke Bangkok dari Siem Reap dengan perjalan terus sahaja. Untuk perjalanan henti-henti anda boleh baca: Ke Bangkok dari Siem Reap - Perjalanan henti-henti. 

Antara kelebihan ke Bangkok dari Siem Reap secara henti-henti adalah, anda boleh singgah di dua bandar kecil iaitu Poi Pet dan Aranyaprathet. Untuk makluman, di kedua-dua bandar ini terdapat komuniti islam. Dalam hal ini, Aranyaprathet terkenal dengan pusat borong dan runcit barangan bandel.

Bangkok
Bangkok - View di depan Siam Paragon

Perjalanan terus?

Perjalanan terus bermaksud anda hanya menggunakan satu tiket sahaja untuk menghubungkan antara Siem Reap dan Bangkok. Dalam hal ini, caranya hampir sama dengan perjalan henti-henti, cuma yang membezakannya adalah dengan perjalanan terus perjalanan anda lebih terjamin untuk tiba mengikut anggaran masa yang ditetapkan. Dalam hal ini, bus akan bergerak dari mana-mana syarikat travel agent atau terminal bus di Siem Reap terus ke terminal bus Mo Chit di Bangkok. Sebagai panduan berikut saya kongsikan cara ke Bangkok dari Siem Reap.


Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalanan terus)

1- Dapatkan tiket

Dalam hal ini anda perlu dapatkan tiket dari mana-mana travel agent atau di  kaunter tiket di terminal bus untuk laluan Siem Reap ke Bangkok. Disarankan untuk anda membeli tiket paling awal. 


2- Imigresen Cambodia dan Thailand

Selepas menaiki bus/ minivan selama 3 jam dari Siem Reap, setibanya di Poi Pet, anda perlu turun, selesaikan urusan imigresen. Di sini satu pelekat akan diberikan bagi memudahkan wakil pemandu bus di Thailand mengenali anda. Sebelum ke imigresen, pemandu bus mungkin akan menawarkan bantuan untuk mempercepatkan urusan imigresen dengan sedikit bayaran. Namun, sekiranya anda tidak mahu membuat apa-apa bayaran, anda boleh uruskannya sendiri.

3- Bus ke Bangkok

Selepas selesai urusan imigresen, anda perlu dapatkan bus sambungan anda ke Bangkok. Wakil bus akan memanggil anda berdasarkan pelekat yang dilekatkan di baju anda.


Note:
Mengikut bacaan saya, bus Cambodia dan Thailand tidak akan merentasi sempadan. Sebagai alternative dua bus akan digunakan iaitu:
1- Siem Reap ke Poi Pet dan
2- Aranyaprathet ke Bangkok.

Sehingga tahun 2019 hanya bus dan minivan yang menawarkan perjalanan terus dari Siem Reap ke Bangkok. Harganya pula berbeza-beza bergantung kepada jenis kenderaan yang digunakan. Manakala, bagi perjalanan dengan train ianya masih belum beroperasi memandangkan kerja-kerja sambungan landasan antara Poi Pet dan Aranyaprathet masih dilakukan.

Semasa menulis itinerary, pastikan itinerary anda dimasukkan masa emergency. Ini kerana, proses menunggu untuk melepasi imigresen Cambodia dan Thailand boleh memakan masa sehingga 2-3 jam.
Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalanan terus) Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalanan terus) Reviewed by Lah Mohd on 10:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.