Perjalanan henti-henti?
Perjalanan henti-henti merujuk kepada keadaan dimana anda tidak mempunyai satu tiket yang menghubungkan perjalanan anda terus dari Siem Reap ke Bangkok. Dalam hal ini, anda terpaksa menukar atau menaiki beberapa kenderaan berbeza untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Secara umumnya, perjalanan henti-henti ke Bangkok dari Siem Reap dipilih oleh traveler kerana anda boleh singgah di dua pekan kecil iaitu Poi Pet dan Aranyaprathet. Dalam hal ini, Aranyaprathet terkenal dengan pusat borong dan runcit barangan bundel.
Tiket kereta api dari Aranyaprathet ke Bangkok |
Secara umumnya, perjalanan henti-henti ke Bangkok dari Siem Reap dipilih oleh traveler kerana anda boleh singgah di dua pekan kecil iaitu Poi Pet dan Aranyaprathet. Dalam hal ini, Aranyaprathet terkenal dengan pusat borong dan runcit barangan bundel.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menggunakan tiga jenis kenderaan yang berbeza. Sebagai panduan berikut saya kongsikan cara ke Bangkok dari Siem Reap dengan perjalan henti-henti.
Kereta api Klasik yang digunakan |
Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalan henti-henti)
1- Siem Reap ke Poipet (bus/ minivan)
Untuk ke Poi Pet anda boleh dapatkan tiket bus dari mana syarikat travel agent atau di kaunter tiket di terminal bus Siem Reap. Harga tiket bermula sekitar USD9 dengan perjalanan selama 3 jam. Dalam hal ini saya sarankan anda mengambil bus paling awal (sekitar 6am) Poi Pet bagi mengelakkan anda terpaksa menunggu lama di imigresen. Ini kerana, bermula sekitar pukul 11am, bus dan pelancong yang tiba di sempadan semakin bertambah.
2- Poi Pet ke Aranyaprathet (Berjalan)
Untuk makluman, pejabat imigresen Cambodia dan Thailand dipisahkan dengan jarak 200m. Dalam hal ini, untuk ke salah satu pejabat imigresen anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Namun, sekiranya anda tidak kisah dengan bayaran, perkhidman transfer antara sempadan turut disediakan. Untuk selesaikan pemeriksaan passport, anda perlu peruntukan masa sehingga 2-3 jam bergantung kepada jumlah pelancong semasa.
3- Sempadan Aranyaprathet ke stesen kereta api Aranyaprathet (tuk-tuk)
Memandangkan stesen kereta api berada sekitar 10 minit menaiki kenderaan daripada sempadan Cambodia dan Thailand, maka pilihan terbaik adalah dengan menaiki Tuk-tuk. Secara kasar harga yang ditawarkan bermula sekitar THB30 seorang.
4- Aranyaprathet ke Bangkok (Kereta api)
Untuk makluman, kereta api yang digunakan adalah kereta api klasik yang mempunyai tingkap dan tidak aircond. Kerusinya pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu berkerusi span lembut dan kayu. Untuk ke Bangkok dari Aranyaprathet masa sekitar 6 jam diperlukan dengan tambang THB48 seorang. Meskipun kereta api ini tidak ber'aircond, namun tandas bersama pili air disediakan. Sepanjang perjalanan, akan terdapat peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan ringan. Keadaan peniaga seolah-olah anda menaiki penerbangan tambang murah.
Kerusi span dalam train |
Untuk makluman, train ke/dari Bangkok dari/ke Aranyaprathet hanya beroperasi dua kali sehari iaitu:
- Aranyaprathet ke Bangkok (6.40am dan 1.55pm)
- Bangkok ke Aranyaprathet (5.55am dan 1.05pm)
Jadual berlepas kereta api |
Note:
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kereta api ke Bangkok, bus turut disediakan. Dalam hal ini, tiket bus boleh di beli di terminal bus sekitar sempadan Aranyaprathet.
Cara ke Bangkok dari Siem Reap (perjalan henti-henti)
Reviewed by Lah Mohd
on
23:10:00
Rating:
No comments: