Cara ke Ao Nang dari terminal bas Krabi - Nothing to Somethings

Cara ke Ao Nang dari terminal bas Krabi

Untuk meminimumkan kos semasa bercuti, menggunakan bus adalah pilihan terbaik. Tidak terkecuali untuk ke pantai Ao Nang dari terminal bus Krabi. Ini kerana, harga yang ditawarkan cukup murah. Dengan perjalanan sekitar 1 jam, anda hanya dikenakan bayaran THB60.

Ao Nang Beach
Pantai Ao Nang

Untuk dapatkan bus ke pantai Ao Nang dari terminal bus krabi ianya tidaklah susah. Ini kerana, sekiranya anda tidak pasti anda boleh bertanyakannya di kaunter tiket. InsyaAllah pegawai bertugas akan tunjukkan kepada anda bus yang perlu dinaiki.

Harga bus Ao Nang
Harga bus dari Ao Nang ke pelbagai destinasi

Dalam hal ini, bus ke pantai Ao Nang tidak masuk ke platform tetapi berada di tepi terminal sahaja. Untuk makluman, bentuk bus yang digunakan untuk ke pantai Ao Nang bukanlah seperti minivan atau bus kecil tapi ianya berbentuk seperti tuk-tuk. Yang membezakannya adalah saiz tuk-tuk ini lebih besar dan mungkin boleh memuatkan sehingga 10 orang.

Manakala, sekiranya anda berada di pantai Ao Nang dan mahu ke terminal bus Krabi, anda boleh dapatkannya bus di mana-mana bus stop berdekatan. Harga yang dikenakan adalah sama iaitu THB60.
Cara ke Ao Nang dari terminal bas Krabi Cara ke Ao Nang dari terminal bas Krabi Reviewed by Lah Mohd on 22:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.