Delete akaun Facebook?
Kedengaran pelik, tapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Ini kerana, keputusan untuk delete akaun Facebook mungkin disebabkan anda:
1- Mempunyai lebih dari satu akaun Facebook
2- Dihalang oleh suami/isteri
3- Tidak lagi mahu aktif di media sosial
4- Dan lain-lain
Sebagai panduan, berikut saya kongsikan cara delete akaun Facebook anda.
Cara delete akaun Facebook
1- Login ke akaun facebook anda
2- Buka pautan ini https://www.facebook.com/help/delete_account
3- Klik "Delete account"
4- Masukkan password Facebook anda, Klik Continue dan klik "Delete account"
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan pautan di atas, anda juga boleh lakukan langkah dibawah:
1- Klik di penjuru atas kanan Facebook
2- Klik "Setting"
3- Klik "Your Facebook Information" di bahagian menu kiri
4- Klik "Delete your account and information"
5- Klik "Delete account"
6- Masukkan password Facebook anda, Klik Continue dan klik "Delete account"
Note:
Sekiranya anda ingin membatalkan keputusan untuk delete akaun Facebook, anda diberi masa sehingga 30 hari. Dalam hal ini, anda perlu Login dan klik "cancel delete"
Cara delete akaun Facebook
Reviewed by Lah Mohd
on
23:33:00
Rating:
No comments: