Cara beli tiket masuk tempat menarik murah - Nothing to Somethings

Cara beli tiket masuk tempat menarik murah

Tiket masuk tempat menarik?

Online, walk-in atau travel agent?

Manakah pilihan anda?

Bagi saya ketiga-tiga cara ini (online, walk-in dan travel agent) ada kelebihan dan kekurangnya sendiri. Tidak semestinya melakukan pembelian secara online lebih murah daripada walk-in dan sebaliknya. 

Bagi membantu anda, berikut saya cuba kupaskan cara untuk anda membeli tiket masuk tempat menarik dengan harga yang murah. 

Angkor Wat (Pre Rup Temple) 


Cara beli tiket masuk tempat menarik murah

1- Beli online

Sedia maklum, kini boleh dikatakan semua tempat menarik berbayar menyediakan perkhidmatan jualan tiket atas talian atau online. Bagi saya kaedah pembelian tiket secara online sangat efisen dan cepat. Anda tidak lagi perlu beratur dan menunggu lama. 

Namun, untuk melakukan pembelian atas talian kebiasaannya ianya bukanlah percuma terutamanya apabila melibatkan tukaran matawang. Ini kerana, akan terdapat caj tukaran matawang yang akan dikenakan. 

Contoh, sekiranya anda melakukan pembelian tiket menggunakan kad debit, caj tukaran matawang akan dikenakan oleh bank ke atas anda. Dalam hal ini, kebiasaanya nilai tukaran yang ditawarkan oleh bank adalah lebih mahal berbanding jika menukar wang di money changer berlesen. 

Sebagai alternatif, saya sarankan anda untuk bandingkan dahulu harga yang ditawarkan bank dengan money changer sebelum melakukan transaksi. Jika perbezaannya terlalu besar, rasanya lebih baik anda walk-in sahaja. 

Sebagai contoh, pada June 2019 saya telah membeli tiket bas secara online dengan harga USD50 untuk 5 orang. Pada masa tersebut nilai tukaran yang ditawarkan money changer adalah USD1=RM4.165. Apabila ditukar kepada RM sepatutnya saya di caj RM208.25. Namun, memandangkan terdapat caj tukaran matawang yang lebih tinggi oleh bank iaitu USD1= RM4.73, saya perlu membayar RM236.54 iaitu beza RM28.29.

Perbezaan ini mungkin kelihatan kecil bagi anda, tapi ianya akan menjadi lebih besar apabila anda melakukan pembelian dengan nilai yang besar. Contoh USD 100, USD200 dan sebagainya.


2- Beli di kaunter

Meskipun melakukan pembelian tiket di kaunter memerlukan kesabaran yang tinggi, adakalanya ia memberikan anda keuntungan. Ini kerana, anda tidak perlu membayar caj tukaran matawang yang tinggi oleh bank. 

Namun begitu, anda juga perlu berwaspada dengan sebarang promosi. Ini kerana, adakalanya anda akan diberikan diskaun sekiranya melakukan pembelian secara online. Jadi sebelum walk-in bandingkan dahulu harga yang ditawarkan. 


3- Beli dengan travel agent

Menggunakan travel agent adalah pilihan terakhir untuk anda mendapat tiket murah. Ini boleh dilakukan sekiranya pilihan 1 dan 2 sukar untuk dilakukan.

Namun, bagi saya kaedah ini hanya sesuai untuk dilakukan bagi pembelian pakej tour sahaja. Ini kerana, kebiasaannya pakej tour tidak mempunyai syarikat khusus. Dalam kata lain untuk satu jenis lawatan, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan pakej tour tersebut. Semakin banyak travel agent yang anda bandingkan, semakin tinggi peluang untuk anda dapatkan harga yang murah.  

Selain itu, sekiranya anda melakukan pembelian melalui travel agent, saya sarankan anda walk-in. Ini kerana ada boleh berunding dan meminta diskaun sekiranya anda melakukan pembelian berkumpulan. 

Manakala, sekiranya anda membeli tiket tour di kawasan pelancongan seperti Krabi, untuk mendapatkan harga tour yang murah saya sarankan anda mencari travel agent yang terletak sedikit jauh daripada pusat tumpuan. Kebiasaannya, semakin jauh lokasi mereka daripada pusat tumpuan, semakin murah harga yang ditawarkan. Ini kerana, bagi memastikan pernigaan mereka terus hidup mereka tidak boleh memilih pelanggan. Selagi terdapat keuntungan minimun, mereka boleh gunakan strategi tersebut untuk menjual pakej tour kepada anda. 
Cara beli tiket masuk tempat menarik murah Cara beli tiket masuk tempat menarik murah Reviewed by Lah Mohd on 13:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.