Mencari souvenir/ barang murah semasa bercuti?
Tidak dinafikan, mencari barangan paling murah semasa bercuti adalah pilihan ramai. Semakin murah, semakin menjadi tumpuan. Mana tidaknya, sekiranya anda jenis suka membeli cenderahati kepada keluarga dan kenalan, pastinya walaupun kecil saiznya anda tetap akan membelinya.
Namun bagi anda yang mempunyai keluarga besar, untuk membeli cenderahati dalam kuantiti yang banyak mungkin akan membebankan. Ini terutama sekiranya anda bercuti ke negara yang menggunakan nilai matawang yang lebih besar berbanding Malaysia. Contoh, Eropah, Jepun, Australia, New Zealand dan banyak lagi.
Bagi membantu anda, berikut dikongsikan beberapa tip yang biasa saya guna untuk membeli souvenir/ barang dengan harga yang murah.
Bagi membantu anda, berikut dikongsikan beberapa tip yang biasa saya guna untuk membeli souvenir/ barang dengan harga yang murah.
Bendera negara yang di sulam |
Cara beli barang/ souvenir murah semasa bercuti
1- Mencari kedai yang jauh daripada kawasan tumpuan
Mencari lot kedai yang jauh daripada kawasan tumpuan antara cara terbaik untuk dapatkan harga yang murah. Ini kerana, kebiasaannya untuk bersaing, peniaga yang berada jauh dari pusat tumpuan akan meletakkan harga yang jauh lebih murah.
2- Mencari kedai kurang pengunjung
Kurang pengunjung tidak bermaksud kedai tersebut mahal. Ini kerana, mungkin terdapat faktor lain yang mempengaruhi. Contoh, peniaga tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa english dan sebagainya. Jadi mereka tidak mampu untuk menarik pelancong asing untuk masuk ke kedai mereka. Bagi saya, meskipun mungkin akan terdapat halangan semasa tawar-menawar ianya bukanlah suatu masalah besar. Ini kerana anda boleh melakukan tawar-menawar dengan menulis harga di telefon anda.
Selain itu, sekiranya anda ke kedai ramai pengunjung, dikhuatiri anda tidak dilayan. Ini kerana, bagi peniaga sekiranya anda tidak membeli, mereka masih mempunyai pelanggan lain.
Selain itu, sekiranya anda ke kedai ramai pengunjung, dikhuatiri anda tidak dilayan. Ini kerana, bagi peniaga sekiranya anda tidak membeli, mereka masih mempunyai pelanggan lain.
3- Melakukan pembelian di awal pagi
Bagi sesetengah negara mereka percaya pelanggan pertama membawa "tuah atau nasib baik" kepada perniagaan mereka pada hari tersebut. Jadi sekiranya anda bercuti ke negara seperti ini, pastikan anda menjadi pelanggan pertama mereka. Contoh, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Laos.
Awal pagi, pengunjung masih belum ramai |
4- Melakukan pembelian bukan di hari pertama ketibaan
Sekiranya anda bercuti untuk tempoh yang lama, pada hari pertama ketibaan saya sarankan anda tidak membeli apa-apa. Ini kerana, bagi tempoh ini anda perlu menyesuaikan diri dengan persekitan. Dalam kata lain, anda hanya perlu berjalan sambil memerhati harga dan gelagat peniaga. Ini kerana, tawar-menawar akan lebih senang untuk dilakukan apabila anda telah mengatahui harga dan teknik digunakan peniaga.
5- Melakukan tawar-menawar
Tidak lengkap rasanya jika anda membeli di local market tanpa tawar-menawar. Sekiranya anda ingin tawar-menawar, pastikan harga yang ditawar bermula 3/4 atau 1/2 lebih murah daripada harga yang ditawarkan. Harga permulaan ini bergantung kepada jenis barang dan rasional harga yang ditawarkan. Sekiranya peniaga tidak setuju, anda boleh naikan sedikit demi sedikit. Contoh, sekiranya harga ditawar RM10, anda boleh memulakan tawaran RM2.5 (3/4x10).
Cara beli barang murah semasa bercuti
Reviewed by Lah Mohd
on
14:14:00
Rating:
No comments: