5 makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti - Nothing to Somethings

5 makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti

Lapar sampaikan mood hilang untuk bergambar?

Kekal aktif dan bertenaga adalah penting semasa bercuti. Mana tidaknya, anda perlu berjalan kesana sini untuk meneroka keindahan kawasan yang dikunjungi semaksimum mungkin. Sekiranya anda lesu, adalah mustahil untuk anda bergambar dengan emosi dan posisi yang menarik.

Bagi membantu anda, berikut saya senaraikan antara makanan yang sering dibawa oleh saya semasa bercuti. Daripada senarai tersebut, biskut dan air mineral adalah makanan/minuman wajib yang sentiasa ada di dalam beg galas kecil selain keperluan peribadi lain. 



5 makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti

1- Biskut

Senang dibawa dan senang dimakan. Tidak memerlukan penyediaan yang rumit, biskut boleh dimakan dimana sahaja. Selain tahan daripada kulat (tidak mudah expired), biskut juga tidak mempunyai kawalan biosecurity yang ketat seperti makanan segera lain. Jadi anda boleh membawanya kemana sahaja anda pergi. 

Sekiranya anda bersama anak kecil, pastikan bekalan biskut sentiasa dibawa untuk dijadikan kudapan anak kecil anda. Dengan adanya pek bersaiz kecil, tiada lagi alasan untuk menyimpannya selepas makan. 


2- Roti

Sama seperti biskut, roti juga mampu memberikan anda tenaga bagi satu tempoh yang lama. Namun begitu, bagi anda yang bercuti untuk tempoh yang lama, roti sangatlah tidak sesuai untuk dibawa. Ini kerana, tempoh luput yang cepat mungkin akan memberikan anda bebanan tanpa sempat untuk menikmatinya. 


3- Buah kering

Kurma, aprikot, kismis dan buah tin antara buah kering yang boleh dimakan semasa bercuti. Namun begitu, anda perlu berwaspada sekiranya anda ingin membawanya dari Malaysia. Ini kerana buahan ini mungkin mempunyai kawalan bio-security yang ketat di negara maju. Sebagai alternatif, anda boleh membelinya di negara yang dikunjungi. 


4- Buah segar

Meskipun buahan segar mampu memberikan tenaga yang lama, namun buahan segar merupakan makanan larangan untuk dibawa masuk semasa bercuti atas alasan kawalan bio-security. Sebagai alternatif, anda boleh membelinya di negara kunjungan anda. Namun begitu, elakkan daripada membeli buah siap potong kecuali anda yakin tahap kebersihannya. Ini kerana, sekiranya tersilap anda mungkin akan berehat sepanjang hari di bilik hotel kerana keracunan makanan.


5-  Air mineral

Bagi anda yang aktif menerokai kawasan percutian, saya sarankan anda mengambil air mineral yang mencukupi dan kurangkan minuman berkarbonat dan manis. Ini bagi membantu anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Ini kerana, dengan pengambilan air mineral yang mencukupi ia dapat membantu anda mengurangkan keletihan atau kelesuan kesan daripada badan yang terhidrat. 
5 makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti 5 makanan wajib ada dalam beg galas semasa bercuti Reviewed by Lah Mohd on 15:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.