3 Apps wajib untuk hasilkan itinerary lengkap - Nothing to Somethings

3 Apps wajib untuk hasilkan itinerary lengkap

Itinerary?

Pernahkah anda hasilkan itinerary sendiri atau sekadar mengambilnya dari blogger?

Bagi anda yang belum pernah hasilkan itinerary sendiri, mungkin untuk menghasilkan satu itinerary lengkap ianya menjadi sesuatu yang rumit. Namun, tahukah anda untuk hasilkan satu itinerary lengkap bersama anggaran belanja adalah sesuatu yang sangat mudah. Anda hanya perlu gunakan 3 Apps daripada Hphone atau laptop anda sahaja.

Moana Lake, New Zealand

Mengikut pengalaman, sekiranya dilakukan secara santai saya hanya perlukan masa sekitar 1-2 minggu sahaja. Dengan menggunakan itinerary yang dihasilkan daripada 3 Apps ini, perbelanjaan semasa bercuti biasanya lebih rendah daripada anggaran yang dilakukan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan Apps yang biasa saya gunakan untuk hasilkan satu itinerary lengkap.

Contoh Itinerary yang dihasilkan menggunakan 3 Apps di bawah


Apps wajib untuk hasilkan itinerary lengkap

1- Google Search

Google search merupakan Apps terpenting dan wajib ada untuk hasilkan satu itinerary lengkap. Google search penting bagi membolehkan anda mencari semua maklumat berkait lokasi percutian anda. Matlumat ini termasuklah, tempat menarik, kenderaan untuk disewa, masa perjalanan, public transport, entrance fee, tambang bus/ train dan tips semasa bercuti dan sebagainya. Taip sahaja di Google Search, InsyaAllah semua maklumat berkait akan diberikan kepada anda.  

Untuk carian tempat menarik, masa perjalanan bus dan tambang saya sarankan anda untuk membuat carian dalam bahasa English. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari bus dari Phnom Penh ke Siem Reap, anda perlu taip sahaja "bus from Phnom Penh to Siem Reap. 

Begitu juga untuk tempat menarik, taip sahaja 'thing to do in (nama lokasi)' atau keyword lain seumpamanya, maka pelbagai maklumat akan dipaparkan di Google Search anda. Klik sahaja pautan yang diberikan untuk melihat secara detail.

Sekiranya anda ingin mencari tips semasa bercuti, anda boleh mencarinya dalam bahasa English atau Bahasa Malaysia. Ini kerana, ramai blogger yang kongsikan pengalaman mereka semasa bercuti. Taip sahaja keyword "percutian di (masukkan nama lokasi) dan hasilnya akan dipaparkan di skren Hpone/ laptop anda.

Selain itu, Apps ini boleh digunakan untuk mengesahkan maklumat yang ditunjukkan oleh Apps Google Maps dan Rome2Rio. Caranya dengan mencari/ melihat kepada  review atau perkongsian daripada blogger.

Baca juga: Persiapan sebelum bercuti ke luar negara


2- Google Maps

Apps kedua yang diperlukan ada adalah Google Maps. Apps ini penting untuk anda mengenalpasti jarak, lokasi tempat menarik, menyusun lokasi untuk dilawati, mencari restaurant halal dan sebagainya.

Selepas anda mengetahui maklumat diatas, anda boleh menyusun lokasi untuk dilawati dalam satu laluan sahaja. Dalam kata lain, anda tidak lagi perlu menggunakan laluan sama untuk ke lokasi menarik yang berada disekitarnya. Anda boleh melawat kesemuanya dalam satu kunjungan sahaja.

Selain itu, saya turut menggunakan Google Maps untuk mengesahkan atau membandingkan maklumat yang diberikan oleh Apps Rome2Rio.


3- Rome2Rio

Rome2Rio digunakan untuk mengetahui pengangkutan awam yang boleh digunakan. Untuk menggunakannya anda hanya perlu masukkan lokasi seperti anda menggunakan Google Maps. Antara kelebihan Apps ini adalah, anggaran tambang akan ditunjukkan bersama.

Rome2Rio Apps

Maklumat disebelah kiri memaparkan pilihan laluan yang boleh digunakan. Klik sahaja pilihan tersebut dan semua penerangan perjalanan akan dipapaparkan. Antara maklumat yang boleh dilihat seperti nombor bus, anggaran tambang, lokasi naik dan turun dan anggaran masa perjalanan.

Baca juga: Cara packing backpack untuk bercuti lama ke luar negara
3 Apps wajib untuk hasilkan itinerary lengkap 3 Apps wajib untuk hasilkan itinerary lengkap Reviewed by Lah Mohd on 15:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.