Zakat?
Rasanya tidak perlu untuk saya terangkan definisi dan peranan zakat. Ini kerana fungsi dan definisinya sedia diketahui umum dan banyak dikongsi oleh pengamal media sosial lain.
Negeri yang menyediakan perkhidmatan zakat online |
Namun, dalam artikel ini saya hanya akan kongsikan cara untuk bayar zakat secara online. Ini kerana, mungkin ramai diantara kita belum sedar tentang kewujudan kemudahan ini.
Untuk makluman, pembayaran zakat secara online boleh dilakukan dengan menggunakan:
1- Cimbclicks
2- Maybank2u
3- RHB
4- Ambank
5- Bank islam
6- OCBC
7- Public bank
8- Bank Rakyat
9- HSBC
10- Alliance Islamic Bank
Antara negeri yang menawarkan urusan zakat secara online:
1- Selangor
2- Negeri Sembilan
3- Melaka
4- Pulau Pinang
5- Sabah
6- Pahang
7- Wilayah
8- Kedah
9- Perlis
10- Perak
Antara jenis zakat yang boleh dibayar online
1- Zakat pendapatan
2- Zakat perniagaan
3- Zakat simpanan
4- Zakat saham
5- Zakat emas/Perak
6- Zakat harta
7- Qada zakat
8- Zakat pertanian (ternakan/ padi)
Namun, untuk pembayaran zakat fitrah buat masa ini hanya negeri Selangor yang menyediakan kemudahan ini.
Cara bayar zakat online guna Cimbclicks
1- Login ke akaun bank
2- Pilih Pay & transfer > Pay Bills
3- Diruang penerima taip 'Zakat'. Senarai negeri yang menyediakan kemudahan zakat akan terhasil
4- Pilih negeri - Contoh Lembaga Zakat Selangor
5- Pilih jenis zakat - Contoh zakat fitrah
6- Masukkan maklumat (no IC, nama, tahun, no tel)
7- Masukkan jumlah/ Nilai zakat (sila semak nilai zakat di website pusat zakat/amil)
8- Baca niat bayar zakat dan klik 'Make Payment'
9- Request TAC dan klik Confirm
10- Selesai
Note: Untuk mengetahui nilai zakat yang perlu dibayar anda boleh menggunakan kalkulator yang di sediakan di website pusat zakat. Contoh Lembaga Zakat Selangor. Jenis zakat yang boleh dibayar online juga berbeza antara negeri.
Cara Bayar Zakat Online
Reviewed by Lah Mohd
on
11:02:00
Rating:
No comments: