Cara convert MS word ke pdf - Nothing to Somethings

Cara convert MS word ke pdf

Format PDF?

PDF merupakan singkatan kepada perkataan 'portable document format'. Dokumen format PDF biasanya digunakan untuk memaparkan dokumen elektronik tanpa mengubah format asal dokumen tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan microsoft word berbeza versi/ edisi (contoh versi 2003, 2007, 2013), jika dokumen dikongsi tanpa mengubah kepada format PDF, mungkin pembaca tidak menerima dokumen seperti dokumen asal. Dalam hal ini, mungkin perkataan menjadi rapat tanpa spacing dan lain-lain masalah. Bagi mengurangkan risiko penerima dokumen anda mengalami masalah untuk membuka dokumen format Microsoft word, berikut saya kongsikan cara convert MS word kepada PDF.

Cara convert format penulisan Microsoft Word ke PDF?

1) Buka file dokumen format MS word anda yang ingin ditukar ke PDF


2) Pada penjuru kiri klik 'File'


3) Klik 'Save As'


4) Klik 'Browse' 


5) Klik 'Save as Type' 


6) Pilih PDF


7) Klik 'Save'


8) Selesai

Cara convert MS word ke pdf Cara convert MS word ke pdf Reviewed by Lah Mohd on 16:40:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.