Masalah blog tiada pembaca, jumlah pelawat sedikit dan tajuk artikel tidak muncul di enjin carian google antara masalah yang biasa dialami oleh penulis blog. Namun begitu, masalah ini biasanya dialami oleh penulis baru sahaja. Bagi membantu anda, disini saya kongsikan beberapa cara untuk anda menambah jumlah pelawat dengan cepat.
Contoh jumlah pelawat blog |
Cara cepat tambah pelawat blog
1- Gunakan tajuk yang menarik
Tajuk memainkan peranan penting dalam penulisan. Elakkan penggunaan tajuk seperti "Pengalaman aku ke Langkawi", tapi guna "Cara ke Langkawi". Ini kerana secara rasionalnya, pembaca tidak berminat untuk membaca pengalaman anda, tetapi mereka lebih berminat untuk mengetahui cara anda ke Langkawi dan perbelanjaan anda di sana.
2- Gunakan tajuk yang ringkas
Semakin ringkas tajuk anda semakin mudah untuk artikel anda muncul di enjin carian. Jumlah abjad/ huruf termasuk space yang disarankan adalah sekitar 35 huruf/ abjad sahaja.3- Hasilkan artikel yang panjang
Semakin panjang artikel anda, semakin banyak keyword yang terhasil. Untuk makluman, keywords ini digunakan oleh enjin carian untuk menentukan ketepatan carian pembaca. Sebagai cohtoh, sekiranya pelawat mencari tajuk "cara cepat tambah pelawat blog", maka semua perkataan berkait dengan tajuk ini akan diimbas oleh enjin carian.4- Gunakan keyword yang menarik dan berulang
Semakin berulang keyword anda semakin tinggi potensi tajuk artikel anda untuk muncul di enjin carian google. Contoh, sekiranya anda menulis tentang 'cara cepat tambah pelawat blog', maka disarankan untuk anda ulangi perkataan yang ada di tajuk anda didalam artikel.5- Gunakan fungsi 'Heading, Subheading, Minor Heading'
Selain daripada menggunakan keywords yang tepat dan berulang, adalah penting untuk anda menggunakan fungsi 'heading, subheading dan minor heading' di dalam penulisan. Ini kerana, selain memudahkan pelawat membaca artikel, 'heading, subheading dan minor heading' juga membantu artikel anda untuk muncul di enjin carian google.
6- Gunakan fungsi 'ALT text' untuk semua gambar anda
Tanpa nama, gambar yang dikongsi tidak mampu di imbas oleh google image. Jadi bagi membantu gambar anda muncul di google image, setiap gambar haruslah diberikan nama dengan tepat. Contoh:
i- gambar makanan - tulis nama makanan atau nama restoran
ii- gambar pemandangan - tulis nama lokasi
iii- gambar gadget - tulis nama gadget
Untuk menggunakan fungsi 'ALT text' anda perlu klik image > properties
Baca juga: Cara guna/pasang ALT text
i- gambar makanan - tulis nama makanan atau nama restoran
ii- gambar pemandangan - tulis nama lokasi
iii- gambar gadget - tulis nama gadget
Untuk menggunakan fungsi 'ALT text' anda perlu klik image > properties
Baca juga: Cara guna/pasang ALT text
7- Jangan 'delete' atau 'revert to draft' artikel yang di 'publish'
Elakkan delete atau revert artikel yang telah dipublish. Ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah pautan rosak (broken link) di dalam blog anda yang mana boleh menjejaskan status blog anda.8- Guna templete responsif dan mesra SEO
Umum mengetahui, templete responsif akan membantu blog anda untuk kelihatan lebih menarik dan memudahkan pelawat membaca blog anda. Dalam hal ini, blog anda secara automatik akan menyesuaikan saiz mereka bergantung kepada jenis gadget yang digunakan. Contoh, sekiranya artikel anda dicari menggunakan laptop, maka blog anda akan muncul dalam keadaan wide dan sebaliknya terjadi apabila artikel anda dicari menggunakan handphone. Manakala SEO pula penting bagi membantu blog anda lebih mudah terimbas oleh google.
Cara cepat tambah pelawat blog
Reviewed by Lah Mohd
on
13:13:00
Rating:
thank you faham!
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Memang betul artikel yang panjang dan berkualiti di sukai Google. Boleh naik rank search engine dengan lebih baik.
ReplyDelete