Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu - Nothing to Somethings

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi yang pernah saya daki. Dengan ketinggian 4095.2 meter dari aras laut, Gunung Kinabalu menawarkan pemandangan yang cukup cantik. Kawasan puncak yang lapang dan tidak mempunyai pepohon, membolehkan anda untuk melihat pemandangan dari sudut 360 darjah tanpa sebarang gangguan. 

Meskipun puncak Gunung Kinabalu menjadi impian para pendaki, namun tidak semua boleh sampai ke puncak. Terdapat pelbagai faktor yang menghalang para pendaki daripada sampai ke puncak. Antaranya, terhadap had limit jumlah pendaki yang dibenarkan untuk mendaki dalam sehari selain faktor stamina diri dan kos bayaran pakej.

Gunung Kinabalu
Di puncak tertinggi Gunung Kinabalu - 4095.2 meter

Dari segi kos pakej mendaki, sebenarnya terdapat cara untuk anda berjimat. Dalam hal ini, anda hanya perlu rajin dan bijak menyusun strategi. Sekiranya harga yang ditawarkan oleh agent pelancongan terlalu mahal, anda boleh merancangnya sendiri. Ini kerana, mengikut pengalaman, secara keseluruhannya saya hanya membelanjakan sekitar RM800 sahaja (termasuk tiket penerbangan Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur). 

Baca juga:

Dari segi dakian pula, ia boleh dibahagikan kepada dua peringkat

1- Dari Gate Timpohon ke Laban Rata
Dengan jarak 6 km, dari Gate Timpohon ke Laban Rata ia mengambil masa sekitar 4 jam sahaja. Namun, sekiranya stamina anda lemah, ia mungkin boleh menjadi 5-6 jam bergantung kepada keupayaaan diri anda. Sepanjang perjalanan ke Laban Rata, anda akan menemui 6 pondok rehat. Di setiap pondok terdapat tandas dan sumber air gunung untuk di minum. 

Dari segi trek dakian, secara kasarnya permukaan trek adalah bertanah liat, berbatu dan curam. Meskipun begitu, ianya tidaklah terlalu mencabar. Ini kerana, anda dibernarkan untuk berjalan walaupun berseorangan. 

Gunung Kinabalu
Trek ke Laban Rata

Mengikut pengalaman, saat paling sukar semasa mendaki di antara Gate Timpohon ke Laban Rata adalah pada peringkat 500 hingga 1 km terakhir. Ini mungkin disebakan oleh faktor ketinggian gunung dan badan yang penat. 

Setibanya di Laban Rata, anda boleh terus check-in dorm/bilik atau rehat di cafeteria Laban Rata. Anda juga mungkin boleh meraikan kejayaan peringkat pertama anda dengan menghadiahkan diri dengan secawan kipo. Untuk makluman, di cafeteria Laban Rata terdapat kedai yang menjual makanan ringan dan minuman. 

Untuk makluman, dari Gate Timpohon anda perlu memulakan dakian sebelum jam 10 pagi. Manakala, anda perlu tiba di Laban Rata sebelum jam 7 malam. Ini kerana, sekiraya anda tiba selepas jam 7 malam anda mungkin terlepas makan malam. Semua perbelanjaan diluar pakej adalah tanggungan sendiri. Pakej hanya termasuk kos penginapan di Laban Rata, buffet makan malam, buffet supper dan buffet breakfast.


2- Dari Laban Rata ke Low's Peak (puncak Gunung Kinabalu)
Dari Laban Rata ke Low's Peak ia mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit dengan jarak 2.5 km. Dalam hal ini, anda perlu bersiap dan makan sekitar jam 2 pagi sebelum meneruskan pendakian ke puncak sebelum jam 3 pagi. Pastikan anda tidak lupa untuk membawa head lamp kerana anda sangat memerlukanya. 

Selain itu, pakaian yang sedikit tebal dan menutup semua anggota badan amatlah disarankan. Ini kerana, suhu pada waktu ini agak sejuk selain berangin. Penggunaan sarung tangan dan penutup hidung juga sangat diperlukan. 

Sepanjang dakian ke puncak, anda akan melalui permukaan trek tangga kayu dan batu yang agak curam. Selain itu, terdapat kawasan di mana anda perlu menggunakan bantuan tali untuk naik ke atas. Trek tanah yang rata agak terhad. 

Untuk makluman, anda perlu tiba di check-point Sayat-sayat sebelum jam 5 pagi. Selepas waktu ini anda tidak lagi dibenarkan untuk ke puncak. Di check-point Sayat-sayat juga adalah lokasi terakhir untuk anda menggunakan tandas. 

Setibanya di puncak, pastikan anda tidak bergambar terlalu lama. Anda harus menjadi pendaki yang bertanggujawab dimana membenarkan pendaki lain untuk bergambar dengan papan tanda tertinggi di Gunung Kinabalu. Mengikut maklumat yang saya perolehi, pendaki hanya dibenarkan untuk berada di puncak sehingga jam 7 pagi sahaja. Selepas waktu ini semua pendaki dikehendaki bergerak turun. 

Gunung Kinabalu
Dorm di Laban Rata

Mengikut pengalaman, saat paling sukar di antara Laban Rata ke Low's Peak adalah semasa di 500 meter terakhir. Ini kerana, pada peringkat ini kandungan oksigen mulai berkurang selain keadaan persekitaran yang sejuk. Pernafasan akan mula terganggu. Dalam hal ini, kekerapan untuk berhenti rehat juga semakain tinggi. Untuk mengawal pernafasan dan denyutan jangtung, anda boleh berehat selepas 10-20 langkah seperti yang saya lakukan. 

Semasa turun ke Laban Rata, pastikan anda check-out dorm/ bilik sebelum jam 10 pagi. Ini kerana, selepas waktu ini anda akan dikenakan penalti. Selain itu, sekiranya anda tiba selepas jam 10 pagi, anda mungkin akan terlepas sarapan pagi di cafeteria.

Note:
Anda perlu mengambil sijil sebelum jam 5 petang. Selepas waktu ini (waktu pejabat), anda mungkin perlu mengambilnya pada keesokan hari. 
Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu Reviewed by Lah Mohd on 17:53:00 Rating: 5

2 comments:

  1. wah..meanriknya baca pengalaman hiking you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik sebab view kat puncak sangat cantik terutamanya masa hari ke-2. Boleh tengok view malam & siang. Nanti pergi dalam group. Kalau letih boleh rehat sambil makan dengan kawan2.

      Delete

Powered by Blogger.