Sekiranya menunggang kuda sudah terlalu biasa, menunggang ostrich mungkin satu kelainan. Ini kerana, tidak banyak pengusaha ladang ostrich di Malaysia. Salah satu ladang yang membebarkan anda menunggang ostrich adalah di Jelita Ostrich Farm di Negeri Sembilan.
Untuk makluman, ladang ini berada di dalam kawasan Pejabat Veterinar Negeri Sembilan. Untuk ke sini tidaklah susah. Ini kerana, lokasi ladangnya berada di tepi jalan sahaja.
Untuk makluman, ladang ini berada di dalam kawasan Pejabat Veterinar Negeri Sembilan. Untuk ke sini tidaklah susah. Ini kerana, lokasi ladangnya berada di tepi jalan sahaja.
Untuk masuk ke ladang ostrich di Jelita Ostrich di Negeri Sembilan, anda akan dikenakan bayaran RM10 seorang (dewasa).
Selepas membuat bayaran, anda akan disambut oleh pekerja ladang yang mana akan menemani anda sepanjang lawatan sambil menerangkan beberapa fakta tentang ostrich.
Selepas membuat bayaran, anda akan disambut oleh pekerja ladang yang mana akan menemani anda sepanjang lawatan sambil menerangkan beberapa fakta tentang ostrich.
Cenderahati di Jelita Ostrich farm |
Secara purata, anda memerlukan masa sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk menghabiskan keseluruhan masa lawatan. Sepanjang lawatan anda akan di benarkan:
1- Memberi makan ostrich (harga makanan tidak termasuk tiket. RM1 per paket)
2- Memijak telur ostrich
3- Menunggang ostrich
4- Melihat perlumbaan ostrich
5- Bergambar dengan ostrich
Pada penghujung sesi lawatan pula anda akan dibawa ke galeri/ kedai yang mempamerkan barangan hiasan dan ubatan yang dihasilkan berasaskan ostrich seperti sabun, losyen/ krim kulit dan minyak urut. Selain itu, anda juga boleh membeli telur dan daging ostrich.
Menunggang Ostrich di Jelita Ostrich farm Negeri Sembilan
Reviewed by Lah Mohd
on
11:00:00
Rating:
No comments: