Untuk ke Shinjuku dari Narita atau Haneda international airport, atau dari airport ke Shinjuku anda mempunyai 2 pilihan (selain taksi), iaitu:
1- Menggunakan bas
Menggunakan bas adalah cara paling mudah untuk ke Shinjuku. Ini kerana, anda tidak perlu risau sekiranya tersalah menaiki train. Untuk menaiki bas, anda boleh membeli tiket di kaunter yang berada di dalam terminal. Meskipun menggunakan bas, anda tidak perlu risau kerana perkhidmatan yang ditawarkan cukup selesa dan menepati masa. Perjalanan dari airport ke Shinjuku pula mengambil masa sekitar 1 jam sahaja.
Haneda international airport |
2- Menggunakan train
Memandangkan stesen train Shinjuku merupakan antara stesen tersibuk di bandar Tokyo, anda perlu berhati-hati sebelum menaiki train. Pastikan anda berada di platform dan menaiki train yang betul. Ini kerana, kebanyakkan train di Jepun berkongsi landasan yang sama. Dalam kata lain, satu landasan akan digunakan oleh beberapa train ke pelbagai destinasi.
Untuk memudahkan perjalanan, anda boleh menggunakan "JapanOfficialTravelApp" yang mana boleh di pasang di telefon anda. App ini akan menunjukkan harga tambang dan masa perjalanan train. Pastikan anda menaiki train seperti masa yang dipaparkan di app anda. Ini kerana, sekiranya anda menaiki train terlalu awal atau lewat dari masa jangkaan yang dipaparkan di app, anda mungkin telah tersalah menaiki train memandangkan train di Jepun berkongsi landasan yang sama untuk beberapa destinasi.
Seperti juga menaiki train di Kuala Lumpur, untuk memastikan anda menaiki train yang betul, anda boleh rujuk kepada destinasi yang di tulis di badan train atau bertanyakan kepada penumpang atau staf di stesen tersebut.
Note:
Untuk makluman, stesen train Shinjuku dan stesen bas Shinjuku berada di dua bangunan yang berbeza. Namun begitu, jarak di antara kedua-dua stesen ini hanya di pisahkan oleh jalan raya sahaja.
Cara ke Shinjuku dari Haneda/ Narita International Airport
Reviewed by Lah Mohd
on
00:57:00
Rating:
No comments: