Memandangkan baru-baru ini saya telah ke Matsumoto, dalam artikle ini saya akan kongsikan cara ke Matsumoto dengan menggunakankan bas. Namum begitu, sekiranya anda ingin mencuba utuk menggunakan train/bullet train anda boleh berbuat demikian. Ini kerana, terdapat beberapa jadual perjalanan train ke Matsumoto.
Stesen train Shinjuku (pandangan dari stesen bas Shinjuku) |
Untuk ke Matsumoto dengan menggunakan bas ianya tidak lah susah. Ini kerana, anda hanya perlu lalui dua langkah mudah sahaja.
Pertama, anda perlu menaiki bas dari Haneda/Narita international airport ke stesen bas Shinjuku. Masa perjalanan adalah sekitar 1 jam sahaja. Untuk makluman, kaunter tiket berada di dalam terminal seperti di KLIA/ KLIA2.
Kedua, setibanya anda di stesen bas Shinjuku, anda boleh membeli tiket ke Matsumoto. Dalam hal ini, perjalanan dari Shinjuku ke Matsumoto mengambil masa sekitar 3 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan, bas akan berhenti di beberapa stesen lain. Selain itu, bas juga akan berhenti di kawasan rehat dan rawat sekitar 10-15 minit.
Untuk makluman, meskipun saiz kerusi agak kecil berbanding saiz kerusi bas di Malaysia, namum ianya masih selesa. Ini kerana, bus dari Shinjuku ke Matsumoto dilengkapi dengan tandas dan setiap kerusi dilengkapi ruang untuk mengecas peralatan eletronik dan meja.
Cara ke Matsumoto dari Haneda/ Narita international airport dengan bas
Reviewed by Lah Mohd
on
01:24:00
Rating:
No comments: