Secara ringkasnya, KLIA dan KLIA 2 adalah pintu utama ketibaan antarabangsa bagi pelancong ke Malaysia. Pembinaan KLIA 2 adalah untuk menampung keperluan penumpang yang saban tahun meningkat di KLIA. Dalam kata lain KLIA 2 adalah kesinambungan kepada projek KLIA.
Loby menunggu ERL (KLIA express dan KLIA transit) |
Meskipun kedua-dua terminal ini berada di lokasi yang sama (iaitu Sepang), namun ianya tidak boleh dihubung dengan berjalan kaki. Untuk ke salah satu terminal anda memerlukan bantuan kenderaan.
Kebiasaanya, keperluan untuk ke KLIA dari KLIA2 (atau ke KLIA2 dari KLIA) diperlukan apabila anda menggunakan penerbangan sambungan daripada dua syarikat penerbangan yang berbeza. Sebagai contoh, Airasia dan Malaysia Airlines. Ini kerana, sedia maklum, semua penerbangan Airasia hanya mendarat di KLIA 2, manakala Malaysia Airlines hanya mendarat di KLIA.
Meskipun KLIA dan KLIA 2 terpisah, namun untuk kesalah satu bangunan terminal ini tidaklah susah. Ini kerana, terdapat perkhidmatan ERL yang menghubungkan kedua-dua terminal ini. ERL ini memulakan operasi sekitar jam 4.55 pagi dan tamat sekitar jam 1 pagi. Bagi perjalanan di antara terminal pula, harganya tidaklah mahal iaitu RM 2 sahaja.
Untuk makluman, kaunter tiket ERL di KLIA 2 berada di aras ketibaan (aras 2) manakala di KLIA kaunter tiket berada di aras satu.
Cara ke KLIA dari KLIA 2 atau KLIA2 ke KLIA
Reviewed by Lah Mohd
on
00:28:00
Rating:
No comments: