Cara ke Genting Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Cara ke Genting Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur

1- Ke Genting Highlands dari TBS

Ke Genting Highlands dari TBS sesuai sekiranya anda berada di luar Kuala Lumpur. Ini kerana, setibanya anda di TBS, anda boleh meneruskan perjalan ke Genting Highlands. Dalam hal ini, anda hanya perlu membeli dua tiket iaitu:
1- Lokasi anda ke TBS
2- TBS ke Genting Highlands

Untuk makluman, bas ke Genting Highlands dari TBS memulakan operasi sekitar jam 9 pagi dan menamatkan operasi pada jam 5 dengan tambang RM10 (dewasa).

Ruang menunggu balai berlepas TBS

2- Ke Genting Highlands dari KLIA

Selain daripada ke Genting Highlands dari TBS, anda juga boleh ke Genting Highlands dari KLIA/ KLIA2. Cara ini sesuai sekiranya anda baru sahaja tiba di KLIA/ KLIA2 dan merancang untuk terus ke Genting Highlands tanpa singgah di mana-mana lokasi menarik di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, tiket bas boleh di beli di kaunter tiket di dalam terminal KLIA/ KLIA2 dengan harga sekitar RM35 sehala. Dalam sehari, terdapat sekitar 8 perjalanan bas dari KLIA/ KLIA 2 ke Genting Highlands iaitu bermula sekitar jam 9 pagi dan tamat pada jam 8 malam. 


3- Ke Genting Highlands dari KL Sentral

Sekiranya anda berada di pusat bandar Kuala Lumpur, terminal bas terdekat untuk anda ke Genting Highlands adalah melalui KL Sentral. Terminal ini berada di aras bawah KL Sentral iaitu terminal sama yang digunakan untuk menaiki bas ke KLIA/KLIA2. Untuk membeli tiket, anda boleh ke kaunter yang berada di aras yang sama. 

Untuk makluman, dalam sehari terdapat sekitar 13 perjalanan bas dari KL Sentral ke Genting Highlands dengan tambang sekitar RM5 sehala. Bas ini memuakan operasi sekitar jam 8 pagi dan menamatkan operasi sekitar jam 8 malam. 


4- Ke Genting Highland dari Pudu Sentral, One Utama dan Terminal Putra LRT Gombak

Selain daripada ke Genting Highland dari TBS, KL Sentral dan KLIA/ KLIA 2, anda juga boleh ke Genting Highlands dari Pudu Sentral, One Utama dan Terminal Putra LRT Gombak. Maklumat lanjut anda boleh baca di sini

Cara ke Genting Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur Cara ke Genting Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 02:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.