8 Tips beli tiket flight /kapal terbang murah - Nothing to Somethings

8 Tips beli tiket flight /kapal terbang murah

Bercuti dengan kos yang minimum adalah satu impian. Namum, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penentuan kos semasa bercuti. Antaranya adalah tiket flight/ kapal terbang. Dalam kata lain, semakin murah kos tiket, maka semakin murah kos keseluruhan percutian. 

Meskipun begitu, tidak ramai diantara kita yang tahu untuk membeli tiket flight/ kapal terbang dengan harga murah. Buktinya, masih ramai yang menggunakan khidmat egent pelancongan atau masih takut dan ragu-ragu meskipun untuk membeli tiket ianya sangatlah mudah. 

Bagi membantu anda mendapatkan tiket flight/ kapal terbang yang murah, di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda praktikan. Kesemua tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya semasa ingin membeli tiket. 

Kapal terbang
Jenis kapal terbang

Tips cara beli tiket flight/ kapal terbang murah

1- Daftar ahli & langgan risalah

Menjadi ahli antara perkara yang boleh membantu anda membeli tiket flight/ kapal terbang dengan harga yang murah. Ini kerana, dengan menjadi ahli dan melanggan risalah mereka, anda akan menerima iklan promosi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan.

Selain itu, dengan mendaftar ahli anda akan diberi keutamaan untuk membeli tiket. Contohnya, sekiranya tarikh belian tiket promosi dibuka bermula 9 April, namun disebabkan anda telah mendaftar sebagai ahli maka anda diberikan keistimewaan dan keutamaan untuk membeli 24 jam lebih awal iaitu pada 8 April (contoh AirAsia).

Ini secara tidak lansung akan mengurangkan persaingan anda untuk mendapatkan tiket murah memandangkan anda boleh melakukan belian tiket lebih awal daripada pemburu tiket murah lain.


2- Beli tiket flight/ kapal terbang di awal pagi & di hari bekerja

Membeli tiket di awal pagi & di hari bekerja juga boleh membantu anda untuk mendapatkan tiket murah terutamanya semasa promosi. Ini kerana, pada awal pagi & di hari bekerja, jumlah pemburu tiket murah biasanya tidak ramai. Ini secara tidak langsung, meningkatkan potensi anda untuk mendapatkan tiket murah dan mengurangkan risiko sistem terganggu disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi. 


3- Tarikh percutian mula & akhir di hari bekerja

Sedia maklum, keupayaan untuk memohon cuti di hari bekerja bagi tempoh yang lama adalah rendah bagi mereka yang bekerja. Jadi, anda boleh gunakan peluang ini sebagai salah satu cara mendapatkan tiket murah.

Buktinya, anda boleh bandingkan sendiri harga tiket di hari minggu dan hari bekerja yang mana harga tiket di hari minggu adalah jauh lebih tinggi daripada hari bekerja.


4- Mempunyai tabung travel & online banking

Mempunyai tabung travel & online banking amatlah disarankan dan penting. Ini kerana, ia akan meningkatkan lagi potensi anda untuk mendapatkan tiket yang murah. Dalam hal ini, rasionalnya tabung travel penting bagi menjamin ketersedian wang apabila diperlukan, manakala, online banking diperlukan bagi memudahkan proses belian tiket.

Bagi anda yang tidak mempunyai tabung travel, kebarangkalian untuk anda mendapatkan tiket murah amatlah tipis. Ini kerana, secara logiknya anda tidak mempunyai wang yang mencukupi semasa iklan/ promosi diwar-warkan.

Sedia maklum, apabila iklan diwar-warkan terdapat puluhan ribu pemburu tiket murah akan bertindak seperti anda. Jadi sekiranya anda tidak melakukan bayaran semasa anda menemui tiket murah, kebarangkalian untuk anda mendapatkan tiket tersebut pada carian kali kedua matlah tipis.


5- Guna incognito window atau hapus search history

Sedia maklum, semua pengguna laptop/ hpone anda akan dikesan dan direkod maklumatnya dan tidak terkecuali semasa anda melayari website syarikat penerbangan. Dalam hal ini, bagi membolehkan anda memperolehi tiket murah anda perlu memadamkan semua 'search history' sebelum anda memulakan pencarian tiket atau menggunakan 'incognito window'.

Ini kerana, sekiranya rekod carian anda pada kali pertama dikesan oleh sistem, harga tiket mungkin akan meningkat. Dalam hal ini, sistem menganggarkan anda adalah pengguna yang sangat memerlukan tiket melalui carian tiket secara berulang yang dilakukan oleh anda.


6- Tarikh dan lokasi percutian yang fleksibel

Tarikh dan lokasi percutian yang fleksible merupakan kunci penting kejayaan anda untuk memperolehi tiket murah. Ini kerana, sekiranya terdapat perbezaan harga tiket anda dapat mengubahnya dengan cepat.

Contohnya, tarikh asal rancangan percutian anda adalah pada 20-25 April, namun harga yang ditawarkan pada 20 April RM100, manakala harga yang ditawarkan pada 19 April RM50. Dalam hal ini, anda dapat merebut tiket RM50 sekiranya tarikh percutian anda fleksibel.

Manakala, fleksible dari segi lokasi bermaksud, anda boleh mengubah destinasi berdasarkan kepada harga yang ditawarkan. Dalam kata lain, anda tidak kisah lokasi percutian asalkan anda boleh bercuti ke luar negara.


7- Ke destinasi kurang popular

Logiknya, semakin kurang popular sesuatu lokasi, maka semakin kuranglah jumlah pengunjungnya. Dalam hal ini, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk anda merebut tiket murah. Ini kerana, apabila kecil permintaan, maka syarikat penerbangan secara rasionalnya akan membuat jualan dengan harga yang murah bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli tiket.


8- Guna skyscanner

Tips terakhir adalah dengan menggunakan website skyscanner. Untuk makluman, skyscanner membandingkan harga tiket flight/kapal terbang daripada puluhan syarikat penerbangan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan anda untuk mendapatkan harga tiket yang paling murah dengan hanya membuka satu website sahaja.

Baca juga: Cara beli tiket flight/ kapal terbang dengan Skyscanner

***Semoga membantu***

8 Tips beli tiket flight /kapal terbang murah 8 Tips beli tiket flight /kapal terbang murah Reviewed by Lah Mohd on 19:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.