Untuk menikmati steambot & BBQ, restoran Pak John steamboat & BBQ akan menjadi antara lokasi kegemaran saya selain Seoul Garden. Ini kerana, restoran Pak John menawarkan menu yang sedikit berbeza kepada pelanggannya.
Selain daripada menu siap masak, seafood (udang, sotong, hirisan ikan), hirisan daging (ayam, daging), makanan segera (bebola ikan, ketam dll), potongan buah dan pencuci mulut, Pak John turut menyediakan menu itik salai dan abalone.
Restoran Pak John turut menawarkan menu wafer. Kesemua menu ini disediakan di kaunter/ ruang khusus yang mana menu ini disediakan berdasarkan pesanan pelanggan. Meskipun anda perlu membuat pesanan, namun tiada caj tambahan dikenakan.
Untuk makluman, menu ini hanya disediakan pada hari minggu dan sebelah malam sahaja. Pada hari bekerja, menu yang disediakan di restoran Pak John sama seperti restoran steamboat & BBQ lain.
Dalam hal ini, disarankan untuk anda tidak ke restoran Pak John pada hari bekerja. Ini kerana, meskipun harga yang ditawarkan murah, namun pilihan menu yang ditawarkan tidak banyak dan agak terhad.
Seperti restoran steamboat & BBQ lain, konsep buffet turut digunakan oleh restoran Pak John. Dalam kata lain anda boleh makan kesemua menu yang disediakan sehingga anda kenyang.
Dari segi harga, di hari minggu harga yang dikenakan adalah sekitar RM40++ seorang (dewasa), RM20++ (kanak-kanak) dan percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Untuk makluman, dapur yang digunakan di steamboat & BBQ Pak John agak berbeza jika dibandingkan dengan Seoul garden. Sekiranya di Seoul Garden ruang memasak di letakkan di ruang khas di tengah-tengah meja, tetapi di restoran Pak John ruang memasak adalah berbentuk sebiji periuk yang mempunyai dua fungsi yang diletakkan di atas meja. Jadi bagi anda yang membawa anak kecil, anda perlu lebih berhati-hati.
Antara cawangan restoran steamboat & BBQ Pak John yang biasa saya kunjungi adalah di:
1- IOI Putrajaya
2- eCurve Damansara

Abalone dan itik salai |

Buffet Steamboat & BBQ di Pak John
Reviewed by Lah Mohd
on
20:30:00
Rating:
No comments: