Sekiranya Trivago membandingkan hotel, Skyscanner pula membandingkan harga tiket flight/ kapal terbang. Dalam hal ini, fungsinya kedua-duanya adalah sama iaitu mencari pilihan harga yang paling murah. Bagi yang pertama kali menggunakan website Skyscanner, di sini saya kongsikan cara untuk mendapatkan harga yang murah.
8 langkah beli tiket flight/ kapal terbang murah dengan Skyscanner
1- Ke Website Skyscanner
Untuk membeli tiket dengan Skyscanner langkah pertama adalah anda perlu layari website Skyscanner.
2- Masukkan maklumat perjalanan
Langkah kedua anda perlu masukkan maklumat perjalanan. Dalam hal ini, disarankan untuk anda tidak meletakkan destinasi secara spesisfik. Contoh, sekiranya anda ingin ke Jepun, anda masukkan sahaja destinasi 'Japan'. Ini bagi membolehkan enjin carian memaparkan harga terendah berdasarkan lokasi yang paling murah.
Note: Cara memasukkan destinasi secara umum hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai destinasi percutian yang fleksibel. Sekiranya anda telah menetapkan destinasi dan tidak boleh diubah, masukkan sahaja destinasi tersebut.
|
Skyscanner |
3- Pilih tarikh
Setelah anda membuat pilihan destinasi, langkah seterusnya adalah anda perlu membuat pilihan tarikh. Memandangkan anda mencari tiket yang paling murah, anda perlu klik ruang tarikh > klik 'whole month' > klik 'cheapest month' (rujuk gambar di bawah).
|
Skyscanner |
4- Pilih jumlah penumpang & tekan 'search'
Setelah anda membuat pilihan tarikh, anda perlu masukkan jumlah penumpang dan klik 'search'. Paparan dibawa akan terhasil. Dalam hal ini, destinasi paling murah yang dicadangkan oleh Skyscanner adalah Sapporo. Sekiranya, anda berminat untuk ke Sapporo anda boleh klik pada ruang Sapporo untuk ke langkah seterusnya.
|
Skyscanner |
5- Pilih tarikh
Paparan tarikh dengan harga akan dipaparkan. Anda perlu pilih tarikh yang di inginkan. Bagi saya, pilihan tarikh dengan harga yang paling murah akan menjadi keutamaan. Selesai membuat pilihan tarikh klik 'show flights'.
|
Skyscanner |
6- Pilih jenis penerbangan
Paparan di bawah akan terhasil setelah anda klik 'show flights'. Pada bahagian ini anda perlu pilih jenis penerbangan yang anda inginkan. Sepeti biasa, jenis penerbangan dengan harga yang murah akan menjadi keutamaan saya.
|
Skyscanner |
7- Pilih syarikat pengendali tiket
Paparan syarikat pengendali tiket akan terhasil setelah anda memilih jenis penerbangan. Pada bahagian ini, anda perlu pilih syarikat pengendali tiket yang anda inginkan. Sekiranya anda inginkan harga tiket yang murah, pastikan anda memilih syarikat pengendali yang menawarkan harga yang paling murah.
|
Skyscanner |
8- Bayaran
Selepas anda memilih syarikat pengendali tiket penerbangan, anda akan dibawa ke page bayaran. Ikuti beberapa langkah sehingga anda berjaya menempah tiket dan menerima nombor tempahan.
***Semoga membantu***
No comments: