Bali sememangnya berbeza dengan tempat menarik lain di Indonesia. Kepulauan ini didiami oleh mejoriti mereka yang beragama hindu. Manakala penganut agama islam hanya minoriti sahaja. Menurut statistik, penduduk Bali yang beragama hindu mencecah angka lebih 80%, manakala muslim hanya sekitar 13% sahaja (sumber: Badan Pusat Statistik Provinsi Bali).
Jenis kopi dan teh di Bali |
Memandangkan penduduk muslim adalah minoriti di Bali, maka bilangan restoran yang menyediakan makanan halal juga agak terhad. Namun begitu, ia tidaklah sukar. Dalam hal ini, bagi muslim anda perlu berhati-hati sebelum memasukkan makanan ke mulut. Ini kerana, adalah sukar untuk anda mengenalpasti penganut hindu dan muslim melalui rupa.
Bagi menjamin makanan yang dimakan adalah halal, pastikan anda memasuki restoran yang mempunyi logo halal sahaja. Sekiranya logo halal tidak dipamerkan, anda boleh bertanyakan perkara tersebut kepada pemilik kedai sebelum anda menempah makanan. Selain itu, anda boleh bertanyakan kepada pemandu kenderaan sekiranya anda menempah kenderaan bersama pemandu semasa bercuti di Bali.
Ini kerana, pernah diceritakan oleh kenalan, beliau sendiri hampir memuntahkan semua makanan yang dimakan selepas mengetahui dapur yang digunakan untuk memasak makanan kepada beliau turut digunakan untuk memanggang daging babi. Meskipun perkara ini tidak terjadi kepada saya semasa bercuti ke Bali, namun bagi muslim adalah lebih baik untuk kita memastikan sumber yang dimakan adalah halal. Dalam hal ini, tidak dapat saya senaraikan restoran halal di Bali memandangkan semua lokasi dibawa oleh pemandu kereta yang disewa.
Makanan halal di Bali
Reviewed by Lah Mohd
on
15:10:00
Rating:
No comments: