Pulau Kapas?
Secara ringkasnya Pulau Kapas terletak di daerah Marang Terengganu. Kedudukan pulai ini berada bersebelahan dengan Pulau Gemia.
Bagi anda yang ingin ke Pulau Kapas tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda tidak perlu risau. Ini kerana, dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas sehingga ke Marang. Dalam kata lain, anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat asalkan laluan perjalanannya berhenti atau melalui bandar Marang.
Dari Kuala Lumpur perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam dengan kadar tambang sekitar RM 44 sehala. Dalam hal ini disarankan untuk anda mengambil bas malam. Ini kerana, sekiranya anda menaiki bas di siang hari, ketibaan anda di Marang sudah pun senja atau malam. Ini mungkin akan menyebabkan anda perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan memandangkan anda perlu bermalam di hotel sekitar jeti Marang sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Redang.
Secara ringkasnya Pulau Kapas terletak di daerah Marang Terengganu. Kedudukan pulai ini berada bersebelahan dengan Pulau Gemia.
Bagi anda yang ingin ke Pulau Kapas tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda tidak perlu risau. Ini kerana, dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas sehingga ke Marang. Dalam kata lain, anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat asalkan laluan perjalanannya berhenti atau melalui bandar Marang.
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |
Manakala, sekiranya anda menaiki bas malam, anda akan tiba di Marang sekitar jam 5 pagi. Dalam hal ini, anda hanya perlu menunggu beberapa jam sahaja sehingga hari cerah sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Kapas.
Memandangkan terdapat sebuah masjid berdekatan dengan jeti Marang (Masjid Sultanah Nur Zahirah), sementara menunggu hari siang anda boleh berehat di sini. Jarak diantara Masjid ini ke jeti Marang hanyalah sekitar 10 minit berjalan. Untuk makluman, kaunter tiket bot ke Pulau Kapas di buka awal. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan tiket.
Note: Sekiranya anda berada di Kuala Terengganu, untuk ke Jeti Marang anda boleh menaiki MyBas. Kadar tambang adalah sekitar RM2.60 sehala
Cara ke Pulau Kapas dari Kuala Lumpur dengan bas
Reviewed by Lah Mohd
on
10:00:00
Rating:
No comments: