Cara ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Langkawi - Nothing to Somethings

Cara ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Langkawi

Secara umumnya, untuk ke Ko Lipe Island, anda mempunyai dua pilihan iaitu melalui Langkawi atau Satun. Namun, dalam artikle ini saya hanya akan kongsikan cara ke Ko Lipe melalui Langkawi sahaja iaitu berlepas dari Jeti Kuah atau Telaga Harbour Marina. Bagi memastikan perjalanan anda lancar dinasihatkan untuk anda membuat tempahan awal bagi semua tiket dan hotel.

Bagi jadual perjalanan feri, anda boleh rujuk link berikut:

Manakala, bagi mengelakkan anda dihalang atau terlepas dari menaiki feri dinasihatkan untuk anda tiba awal (90 minit awal adalah masa disarankan oleh syarikat pengendali, feri). Ini kerana, kaunter daftar masuk feri akan ditutup sekitar 30 -45 minit sebelum berlepas (bergantung kepada jenis feri). 

Jeti Kuah Langkawi

Pilihan 1: Kuala Lumpur - Kuala Perlis - Langkawi - Ko Lipe

Pilihan 1 sesuai untuk digunakan sekiranya anda tidak mahu bermalam di Langkawi atau mempunyai cuti yang terhad. Ini kerana, sekiranya anda menggunakan pilihan ini anda boleh manfaat sepenuhnya 3H2M di Ko Lipe tanpa perlu bermalam di Langkawi dengan cara:

i - Kuala Lumpur - Kuala Perlis: Dapatkat tiket malam 

ii- Kuala Perlis - Langkawi: Dapatkat tiket jam 7.00 pagi
Untuk ke jeti Kuala Perlis anda hanya perlu jalan kaki sekitar 5minit dari terminal bas. Manakala untuk laluan feri Kuala Perlis - Langkawi, jarak perjalanan adalah sekitar 1 jam 15 minit.

iii- Langkawi - Ko Lipe: Dapatkan tiket jam 9.45 pagi
Terminal feri domestik dan antarabangsa berada dalam satu bangunan. Jarak antara terminal sekitar 5-10 minit jalan kaki. Anda hanya mempunyai masa sekitar 30 - 40 minit ke terminal antarabangsa sebelum kaunter di tutup jam 9.00 pagi).

Namum pilihan ini agak berisiko sekiranya berlaku sebarang kelewatan semasa feri berlepas di Kuala Perlis. Untuk mengurangkan risiko, dinasihatkan untuk anda memilih jadual berlepas di sebelah petang (hanya ada di musim/ waktu puncak) atau bermalam dahulu di Langkawi untuk feri pagi keesokannya.


Pilihan 2: Kuala Lumpur - Langkawi - Ko Lipe

Pilihan ini sesuai sekiranya anda merancang untuk ke Langkawi dengan mengunakan kapal terbang dan menggunakan feri perjalan petang pada hari yang sama. Selain itu ianya juga lebih selesa memandangkan anda tidak perlu berada di dalam bas bagi tempoh yang lama. Ini kerana, penerbangan awal ke Langkawi adalah sekitar jam 7.30 pagi dengan masa perjalanan sekitar sejam sahaja. Untuk ke Jeti terdekat pula (Telaga Harbour Marina), anda hanya memerlukan masa sekitar 25 minit yang berjarak sekitar 10 km atau 15 minit memandu.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Koh Lipe, anda boleh ke tempat menarik di Langkawi memandangkan anda mempunyai masa yang panjang sebelum feri memulakan perjalan jam 2.30pm. 

Dalam hal ini, meskipun terdapat feri jadual pagi, namun tidak digalakkan untuk anda menaikinya, Ini kerana, sedia maklum urusan di airport ada kalanya mengambil masa yang lama. Anda perlu pertimbangkan masa untuk anda keluar dari 'airport', menunggu luggage, menunggu kenderaan dan lain-lain. Dalam hal ini, anda mungkin akan terlepas feri pada jam 9.30 atau terkejar-kejar untuk daftar masuk sebelum kaunter ditutup.


Note:
Setibanya di jeti Koh Lipe anda akan di 'transfer' ke bot kecil. Dalam hal ini, anda akan dikenakan tambang sekitar TB50 seorang. Ini kerana feri besar tidak dibenarkan untuk menghampiri pantai bagi tujuan menjaga kelestarian terumbu karang memandangkan airnya agak cetek.

Cara ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Langkawi Cara ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Langkawi Reviewed by Lah Mohd on 14:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.