Tidak mempunyai kenderaan sendiri antara halangan terbesar untuk ke tempat menarik di Malaysia . Ini termasuklah untuk ke taman tema I-City Shah Alam. Namun, tahukan anda, I-City sebenarnya boleh dihubung dengan menggunakan pengangkutan awam. Meskipun memerlukan masa yang panjang, namun sekurang-kurangnya anda boleh sampai ke I-City.
Stesen KTM Serdang |
Dalam hal ini, meskipun tiada laluan train terus ke I-City, namun untuk ke I-City ianya tidaklah susah. Anda hanya perlu ke KL Sentral dan dapatkan KTM laluan ke Pelabuhan Klang.
Memandangkan stesen KTM paling hampir dengan I-City adalah Padang Jawa, maka untuk ke I-City anda perlu membeli tiket ke Padang Jawa.
Manakala, untuk ke I-City dari stesen KTM Padang Jawa anda boleh menaiki taksi atau grab. Jaraknya pula tidaklah jauh dan tambangnya sekitar RM5-10 sahaja. Kos tambang taksi/ grab ini akan menjadi lebih murah sekiranya anda menaikinya bersama rakan. Ini kerana, anda boleh membahagikan jumlah tambang dengan bilangan penumpang yang menaiki kenderaan tersebut.
Namun harus di ingat, sekiranya anda tidak bermalam di hotel sekitar I-City pastikan anda pulang sebelum train akhir menamatkan operasi. Kebiasaannya, train akhir menamatkan operasi sekitar jam 11 malam.
Jadi untuk kepastian, setibanya anda di stesen KTM Padang Jawa, pastikan anda bertanyakan kepada staf KTM yang bertugas untuk pastikan masa terakhir perjalan KTM. Ini bagi mengelakkan anda tidak terkandas di stesen KTM Padang Jawa.
Cara ke I-CiTy Shah Alam
Reviewed by Lah Mohd
on
23:41:00
Rating:
No comments: