Cara guna penerbangan 'Fly-thru' atau 'connection flight' - Nothing to Somethings

Cara guna penerbangan 'Fly-thru' atau 'connection flight'

Fly-thru?

Connection flight?

Mungkin ada yang bertanya, bagaimanakah kedua-dua penerbangan in berfungsi. Adakah ianya sama dengan penerbangan biasa atau sebaliknya. 

Ruang udara Kuala Lumpur
Untuk menjawab persoalan ini, saya kongsikan pengalaman saya menggunakan penerbangan 'fly-thru' atau 'connection flight' semasa pulang ke Malaysia dari Laos melalui Bangkok. 

Untuk makluman, penerbangan 'fly-thru' atau 'connection flight' sedikit berbeza dengan penerbangan biasa. Ini kerana, semasa tiba di airport persinggahan (transit) anda tidak perlu keluar daripada terminal sebaliknya terus mencari papan tanda 'International transfer' atau 'domestic transfer' bergantung kepada laluan penerbangan anda. Dalam kata lain, anda tidak perlu melalui pemeriksaan imigresen sekiranya anda menggunakan penerbangan antarabangsa.

Semasa di ruang 'transfer' anda perlu tunjukkan dokumen perjalanan (passport & boarding pass dan visa jika perlu). Selepas dokumen perjalan diperiksa, anda perlu melalui ruangan pemeriksaan hand luggage dan seterusnya dibenarkan ke pintu berlepas. Biasanya semua proses ini selesai dalam masa 5-10 minit bergantung kepada jumlah penumpang "fly-thru/ connection flight'.

Mengikut pengalaman menggunakan penerbangan 'fly-thru/ connection flight', dari Vientiane ke Kuala Lumpur melalui Bangkok, saya telah diberikan dua boarding pass yang berbeza iaitu Vientiane ke Bangkok dan Bangkok ke Kuala Lumpur. Kedua-dua boarding pass ini diberikan kepada saya semasa daftar masuk di Vientiane. Dalam hal ini, anda akan menaiki pesawat yang berbeza dan mungkin duduk di nombor kerusi yang berbeza.

Baca juga:

Cara guna penerbangan 'Fly-thru' atau 'connection flight' Cara guna penerbangan 'Fly-thru' atau 'connection flight' Reviewed by Lah Mohd on 10:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.