Susah tak nak keluarkan duit di luar negara?
Berapa kadar tukaran yang dikenakan?
Itu antara soalan biasa yang didengar apabila ingin melakukan pengeluaran duit di luar negara. Untuk makluman, melakukan pengeluaran duit di luar negara tidaklah susah. Caranya boleh dikatakan hampir sama dengan Malaysia. Hanya terdapat beberapa perbezaan sahaja memandangkan korang menggunakan mesin ATM yang berbeza dan di negara yang berbeza.
Perbezaan ini tidaklah terlalu ketara. Mengikut pengalaman, biasanya mesin ATM di luar negara mempunyai beberapa arahan tambahan. Meskipun terdapat perbezaan, namun saya percaya korang boleh menggunakannya memandangkan ATM tersebut di sediakan bahasa English. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ikuti beberapa langkah seperti yang dipaparkan di skrin mesin ATM sahaja.
Namun, sebelum korang boleh keluarkan duit di luar negara, korang perlu aktikan fungsi pengeluaran kad ATM korang untuk digunakan diluar negara. Kalau tidak diaktifkan, maka korang tidak dapat menggunakan kad ATM korang di luar negara. Dalam hal ini, korang boleh membuat pilihan sama ada untuk aktifkan secara temporary atau permanent.
Baca juga:
Manakala, untuk mengetahui nilai tukaran yang ditawarkan oleh CIMB, korang boleh rujuk website CIMBCLICKS.
Caranya:
1- Login Cimbclicks
2- Pilih 'apply & invest'
3- Pilih 'Cimb travelcurrency'
4- Pilih matawang
5- Paparan nilai tukaran akan dipaparkan
4- Pilih matawang
5- Paparan nilai tukaran akan dipaparkan
Untuk makluman, setiap transaksi pengeluaran duit di luar negara akan dicaj RM10. Jadi sebelum mengeluarkan duit, pastikan korang telah putuskan berapakah jumlah yang ingin di keluarkan. Ini kerana, semakin kerap korang mengeluarkan duit, semakin banyak jumlah caj transaksi yang perlu dibayar.
Contoh 1:
Melakukan pengeluaran sebanyak 3 kali
Caj setiap kali penheluaran RM10
Jumlah yang perlu di bayar RM10 x 3 = RM30
Contoh 2:
Melakukan pengeluaran sebanyak 5 kali
caj setiap kali pengeluaran RM10
Jumlah yang perlu di bayar RM10 x 5 = RM50
Pengalaman keluarkan duit guna kad CIMB di luar negara
Reviewed by Lah Mohd
on
17:24:00
Rating:
Maksudnya, setiap kali nak guna mesin ATM di luar negara, saya perlu beli currency dulu di cimb click? contoh mcm sy di US dan ingin keluarkan 1000 USD. jadi saya perlu beli online guna cimb click, kemudian hanya perlu gunakan kad debit saya seperti biasa di mesin ATM di US?
ReplyDeleteKalau ikut kepada pengalaman sy, tak perlu beli currency.
DeleteCik perlu aktifkan ATM utk fungsi penggunaan di luar negara je. Sy ada tambah/ share link dalam artikel kat atas, nt Cik boleh baca. Lepas cik dah aktifkan, cik boleh guna diluar negara untuk keluarkan duit.