Cara ke Kamikochi, Jepun - Nothing to Somethings

Cara ke Kamikochi, Jepun

Kamikochi?

Secara ringkasnya, Kamikochi merupakan di antara taman negara yang terdapat di Jepun dan dibuka hanya dari April hingga November sahaja (semak jadual aktiviti Kamikochi di sini). Dalam kata lain, Kamikochi di tutup pada musim sejuk. Memandangkan Kamikochi berada jauh di daerah Nagano, (sekitar 5 jam dari Tokyo), disarankan untuk korang bermalam di sana.

Kamikochi
Kamikochi
Ini kerana agak mustahil untuk korang melawat keseluruhan Kamikochi dalam masa yang singkat. Untuk makluman, kawasan taman negara Kamikochi agak besar. Dianggarkan masa sekitar 5 jam diperlukan untuk melawat keselurhuan kawasan. Mengikut pengalaman, masa sekitar 3 jam telah diluangkan oleh saya untuk melawat hanya sebahagian daripada taman negara Kamikochi.

Kamikochi
Kamikochi
Dalam hal ini, korang mempunyai dua pilihan sama ada bermalam di Kamikochi atau di hotel sekitar stesen/terminal Matsumoto. Sekiranya korang memilih untuk bermalam di Matsumoto, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati antaranya Matsumoto castle, Matsumoto city museum of art dan Matsumotoshi Timepiece Museum. Manakala, sekiranya korang memilih untuk bermalam di Kamikochi korang dapat merasai satu suasana yang berbeza  di kelilingi oleh hutan dan gunung.

Kamikochi
Kamikochi
Bagi memudahkan perjalan, disini saya kongsikan cara ke Kamikochi dari stesen Shinjuku Tokyo dengan menggunakan bas dan train. 


Cara ke Kamikochi

1- Bas

Bagi yang ingin menggunakan bas, dari Shinjuku korang boleh mengambil laluan bas terus ke terminal bas Matsumoto. Setibanya di Matsumoto, dapatkan tiket ke Kamikochi. Namun perlu di ingat bahawa bas terus ke Kamikochi dari Matsumoto agak terhad. Sekiranya tidak terdapat bas dari Matsumoto ke Kamikochi, korang boleh meneruskan perjalanan ke Kamikochi dengan menggunakan train.

Dalam hal ini korang perlu dapatkan tiket perjalanan dari stesen Matsumoto ke Shinshimashima. Stesen ini berada kurang 5 minit berjalan dari stesen bas Matsumoto.

Dari Shinshimashima korang boleh dapatkan bas yang berada di hadapan stesen train Shinshimashima. 

Terminal bas Kamikochi

2- Train dan bas

Pilihan kedua adalah dengan menggunakan gabungan diantara train dan bas. Dalam hal ini, korang boleh menggunakan train dari Shinjuku hingga ke stesen Shinshimashima. Selepas tiba di stesen Shinshimashima korang perlu meneruskan perjalanan ke Kamikochi dengan menggunakan bas. Ini kerana, hanya bas yang boleh menghubungkan laluan ke Kamikochi. Meskipun perlu menggunakan bas, jadual perjalan bas adalah menepati masa dan effisien.

Note: 
Pastikan korang peka dengan pengumuman penukaran train terutamanya sekiranya korang menggunakan local train. Sekiranya korang menggunakan Azusa/bullet train, sebelum tiba di stesen Shinshimashima korang perlu menukar train di stesen Matsumoto.

Cara ke Kamikochi, Jepun Cara ke Kamikochi, Jepun Reviewed by Lah Mohd on 22:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.