Cara ke Hakuba, Jepun - Nothing to Somethings

Cara ke Hakuba, Jepun

Hakuba?

Secara ringkasnya, Hakuba merupakan salah satu kawasan pergunungan yang terkenal dengan luncur salji. Untuk kesini masa sekitar 5 jam di perlukan (dari Tokyo). 

Hakuba
Hakuba
Untuk makluman, salji di Hakuba boleh di lihat sehingga penghujung musim bunga. Namun begitu, bagi tujuan luncur salji ia mungkin dibuka sehingga pertengahan musim bunga sahaja. Jadi sekiranya korang berhajat untuk menyentuh salji, saya sarankan untuk melawat Jepun pada pertengah musim bunga. Ini kerana, selain menikmati keindahan musim bunga, korang dapat menikmati salji seolah-olah berada di musim sejuk. 

Hakuba
Kawasan rehat untk pemain ski dan pelawat di puncak gunung
Bagi memudahkan perjalanan, disini saya kongsikan cara ke Hakuba. Secara umumnya untuk ke kawasan salji Hakuba korang perlu menaiki train, bas, berjalan dan menaiki gendola. 


Cara ke Hakuba

1- Train

Dari stesen Shinjuku, Tokyo dapatkan tiket ke stesen Hakuba. Dalam hal ini korang mungkin perlu menukar train di beberapa lokasi bergantung kepada jenis train yang dinaiki. 

Hakuba
Stesen train, bas & taksi di Hakuba

2- Bas

Selepas menaiki train, korang perlu meneruskan perjalanan sekitar 5-10 minit dengan menaiki bas. Harga tambang bas adalah kurang daripada ¥200 untuk sehala. Namun, sekiranya ingin berjimat korang boleh berjalan sehingga ke stesen gendola Hakuba yang memakan masa mungkin sekitar 30 minit. 


3- Berjalan

Dari stesen bas ke stesen gendola Hakuba korang perlu berjalan sekitar 10-15 minit dengan melalui lot-lot kedai yang menawarkan perkhidmatan sewaan dan jualan peralatan ski. Sekiranya korang merancang untuk memiliki set ski, korang mungkin boleh membelinya di sini. 


4- Menaiki gendola

Memandangkan korang melawat Hakuba di luar musim sejuk, maka untuk menyentuh salji korang perlu ke puncak gunung. Dalam hal ini korang tidak perlu mendaki ke puncak memandangkan perkhidmatan gendola disediakan dengan bayaran sekitar ¥1500 (return/2 hala). 

Hakuba
Gendola ke puncak gunung
Selain itu turut disediakan perkhidmatan sewa kasut secara percuma. Sekiranya korang merancang untuk berjalan di atas salji tetapi tidak membawa kasut yang sesuai, adalah wajib untuk korang menyewanya. Kasut ini boleh diminta daripada staf yang bertugas sebelum korang menaiki gendola. 

Selamat bercuti..

Cara ke Hakuba, Jepun Cara ke Hakuba, Jepun Reviewed by Lah Mohd on 23:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.