1- Pilih laluan/ jenis train
Langkah pertama adalah tentukan laluan train korang, contoh lalaun ampang, Sri Petaling dan lain-lain. Sekiranya korang tidak yakin dengan laluan train, korang boleh sentuh skrin untuk periksa satu persatu destinasi yang dilalui oleh train.
2- Pilih destinasi
Langkah seterusnya korang perlu memilih destinasi. Destinasi yang dimaksudkan adalah destinasi tujuan korang. Contoh, sekiranya korang merancang untuk ke Salak Selatan, korang perlu sentuh destinasi tersebut di skrin.
3- Pilih jumlah penumpang
Setelah korang memilih destinasi, harga tambang akan dipaparkan. Sebelum membuat bayaran korang boleh memilih jumlah penumpang.
4- Buat bayaran
Langkah terakhir adalah membuat bayaran. Masukkan duit yang mencukupi di ruang yang disediakan. Tunggu sehingga korang diberikan token dan baki (sekiranya ada). Ambil token dan terus ke pintu pemeriksaan tiket.
Selesai...
Note:
Sekiranya korang penggguna tegar train, saya sarankan korang untuk menggunakan kad Touch & Go. Ini kerana kad ini boleh mempercepatkan perjalanan tanpa perlu beratur untuk membeli tiket setiap kali ingin menggunakan train.
Baca juga:
Cara menggunakan kad Touch & Go
Baca juga:
Cara menggunakan kad Touch & Go
Cara beli tiket train (LRT, MRT, KTM, ERL, etc.) di mesin layan diri
Reviewed by Lah Mohd
on
13:48:00
Rating:
No comments: