Bukit Kutu!
Perlu permit ke?
Ok tak trek?
Mercu tanda Bukit Kutu |
Untuk makluman, meskipun Bukit Kutu diketegorikan sebagai bukit, namun kawasan ini berada di dalam kawasan hutan simpan. Jadi untuk ke puncak Bukit Kutu permit adalah diwajibkan. Untuk urusan permohonan permit, korang boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor. Dalam hal ini, permohonan permit hanya boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja.
Papan tanda Hutan Simpan Kekal |
Dari segi trek ke puncak, treknya tidaklah mengelirukan. Ini kerana terdapat tanda yang mungkin telah disediakan oleh pendaki terdahulu. Dalam hal ini, korang hanya perlu sentiasa mengambil simpang ke kanan. Sebelum sampai kepuncak korang akan menyeberangi anak sungai. Dua daripadanya mempunyai jambatan dan sebebihnya perlu meniti/ berjalan di atas batu.
Trek ke puncak Bukit Kutu |
Untuk sampai ke puncak Bukit Kutu masa sekitar 3 hingga 4 jam diperlukan. Mengikut pengalaman masa sekitar 3 jam 30 minit diperlukan saya untuk sampai ke puncak.
Dari segi permukaan trek, treknya boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
1- Trek rata
Bagi trek rata, jaraknya tidaklah panjang iaitu mungkin sekitar 10% sahaja dan tamat dipenghujung trek balak.
2- Trek mendaki
Dianggarkan 90% permukaan treknya adalah mendaki. Dalam hal ini, treknya boleh diketogerikan sebagai sukar bagi yang pertama kali mendaki memandangkan kedudukan treknya yang curam. Meskipunn treknya curam, terdapat beberapa kawasan rata untuk korang berehat.
Bangunan lama di Bukit Kutu |
Selain itu, dianggarkan 98% daripada permukaan trek adalah tanah dan agak licin terutamanya selepas hujan. Trek berbatu hanya terdapat di beberapa kawasan seperti di check point Batu Tudung/Tedung.
Dari segi bekalan air minum, dinasihatkan untuk korang membawa secukupnya. Ini kerana, selepas sahaja korang menyeberangi sungai terakhir tiada lagi punca air yang boleh ditemui. Meskipun terdapat takungan air di puncak, air ini tidak sesuai untuk di minum.
Pemandangan di puncak Bukit Kutu |
Dari segi suhu sekitar, mengikut pengalaman keadaan di awal pagi agak sejuk dan beransur panas selepas matahari meninggi.
Selamat mendaki.
Cara saya ke Bukit Kutu
Reviewed by Lah Mohd
on
11:27:00
Rating:
No comments: