Cara guna mesin pengimbas passport layan diri (auto gate) imigresen di Malaysia - Nothing to Somethings

Cara guna mesin pengimbas passport layan diri (auto gate) imigresen di Malaysia

Sedia maklum untuk melintasi sempadan sesebuah negara, pergerakan keluar masuk kita akan direkod. Bagi Malaysia, secara umumnya perjalanan keluar masuk akan direkod di pintu-pintu utama seperti airport bertaraf antarabangsa (Cth: KLIA/KLIA 2), sempadan Malaysia-Singapore dan sempadan Malaysia-Thailand.


Dalam hal ini, terdapat dua cara yang digunakan oleh imigresen Malaysia untuk merekod perjalanan warga Malaysia iaitu manual atau automatik. Bagi jenis manual, kita perlu berurusan dengan pegawai imigresen. Jenis ini biasanya digunakan oleh warga emas, OKU dan ibu yang mempunyai anak kecil.

Manakala untuk jenis automatik, kita hanya perlu berurusan dengan mesin layan diri (autogate) yang disediakan. Jenis ini sesuai digunakan kepada semua peringkat umur (kecuali warga emas, OKU dan ibu yang mempunyai anak kecil).

Sebagai panduan, disini saya kongsikan 5 langkah mudah untuk korang guna mesin pengimbas passport layan diri (autogate). 


Cara guna mesin pengimbas layan diri (autogate) imigresen di Malaysia

1- Beratur

Beratur di lorong yang betul. Ini kerana kebiasaannya terdapat dua lorong untuk mengimbas passport disediakan iaitu manual dan autogate. 


2- Ke ruang pengimbas

Setelah tiba giliran, lampu hijau akan menyala dan pintu ke ruang pengimbas akan dibuka. Masuk ke ruang pengimbas dan pandang ke bahagian skrin untuk mendapatkan arahan seterusnya atau terus letakkan passport di papan pengimbas.


3- Letak passport di ruang pengimbas

Letak passport di ruang pengimbas. Tunggu sehingga maklumat passport korang di imbas. Pastikan mata korang sentiasa fokus ke skrin untuk mengetahui langkah seterusnya. 

Note: Bagi sesetengah mesin pengimbas korang perlu membukanya. Manakala ada sesetengah daripada mesin pengimbas, korang boleh meletakkan passport tanpa perlu membukanya. 


4- Imbas/Scan ibu jari

Setelah passport di imbas, arahan untuk meletakkan ibu jari akan dipaparkan di skrin. Letak ibu jari di papan pengimbas ibu jari dan tunggu sehingga jari di imbas/scan. Alihkan jari setelah ibu jari di imbas/scan. 


5- Keluar

Setelah maklumat passport direkod, arahan mengambil passport akan dipaparkan di skrin. Ambil passport dan keluar apabila pintu dibuka. 

Selesai...

Cara guna mesin pengimbas passport layan diri (auto gate) imigresen di Malaysia Cara guna mesin pengimbas passport layan diri (auto gate) imigresen di Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 19:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.