Cara guna kad Touch n Go - Nothing to Somethings

Cara guna kad Touch n Go

Cepat dan menjimatkan masa.

Mungkin itu perkataan yang sesuai apabila di tanya tentang kad Toucn n Go. Mana tidaknya, masa beratur dapat dikurangkan dan perjalanan dapat diteruskan hanya dengan satu sentuhan. Namun begitu, masih ramai di antara kita yang belum tahu untuk menggunakan kad Touch n Go untuk melancarkan perjalanan. Masih ramai yang beratur untuk membeli tiket secara manual.


Mungkin ramai yang beranggapan mereka tidak memiliki kad Touch n Go dan tidak tahu tempat untuk membelinya. Namun pada hakikatnya korang telah memiliki kad Touch n Go tanpa korang sedar. 

Mungkin ada yang terkejut sekiranya saya katakan, KAD PENGENALAN (I/C) korang adalah kad Touch n Go yang saya maksudkan. Untuk menggunanya korang hanya perlu tambah nilai (topup sahaja.

Antara lokasi untuk korang tambah nilai:
1- Kaunter tiket LRT, MRT, KTM dll yang terpilih
2- Tol terpilih
3- Stesen minyak terpilih (biasanya ada papan tanda Touch n Go di stesen tersebut)
4- Kedai sekitar stesen LRT, MRT, KTM dll yang terpilih (boleh tanya kaunter LRT, MRT, KTM tempat tambah nilai terdekat sekiranya mereka tidak menawarkan perkhidmatan tambah nilai).

Manakala untuk menggunakan kad Touch n Go, caranya cukup mudah. Korang hanya perlu sentuhkan kad di mesin yang disediakan sehingga bunyi 'beep'. Selepas korang menyentuhnya, pintu penghalang akan dibuka untuk korang melaluinya.

Note:
Pastikan korang hanya membuat sekali sentuhan dengan sempurna. Ini kerana, sekiranya korang menyentuhnya secara berulang di stesen yang sama kemungkinan untuk korang di caj secara berulang adalah tinggi.

Cara guna kad Touch n Go Cara guna kad Touch n Go Reviewed by Lah Mohd on 19:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.