Gunung Datuk!!!
Gunung Datuk sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat aktiviti hiking. Dengan ketinggian 870 meter dari paras laut, Gunung Datuk menawarkan pemandangan 360 darjah yang mempesonakan selain udaranya yang nyaman dan sejuk.
Untuk ke sini korang boleh setkan waze ke Gunung Datuk. Sebelum sampai ke kawasan parkir korang perlu melalui jalan kecil berturap yang dikeliling pepohon. Untuk makluman, kawasan parkir yang disediakan agak kecil yang mana memerlukan korang parkir di bahu jalan. Selain itu, kawasan ini turut mempunyai kemudahan seperti tandas dan gerai makan.
Gunung Datuk |
Untuk mendaki, permit diwajibkan. Permit boleh dipohon pada hari mendaki di pondok pejabat hutan dengan harga RM5. Untuk makluman, pondok pejabat hutan berada di trek dakian sekitar 100 meter dari kawasan parkir. Dalam hal ini, untuk sampai ke pondok pejabat hutan korang perlu menyeberangi anak sungai dan melakukan sedikit dakian. Memandangkan treknya tidak mengelirukan, pemandu arah tidak diwajibkan.
Mengikut pemerhatian saya, permukaan trek Gunung Datuk sentiasa berada dalam keadaan mendaki dan di anggarkan lebih daripada 50% adalah berbatu. Jarang sekali korang akan berada di trek yang landai. Bagi yang pertama kali melakukan aktiviti hiking, mungkin Gunung Datuk bukan pilihan yang sesuai.
Trek Gunung Datuk |
Dari segi masa dakian, bagi korang yang mempunyai stamina yang tinggi, Gunung Datuk mungkin boleh ditawan dalam masa sekitar 1 jam. Namun, mengikut pengalaman, saya memerlukan masa sekitar 1 jam 30 minit untuk sampai ke puncak termasuk berhenti rehat. Manakala, untuk turun saya hanya memerlukan masa sekitar 50 minit untuk sampai ke parkir.
Untuk makluman, tiupan angin di puncak agak kuat. Dalam hal ini korang perlu lebih berhati-hati terutamanya apabila bergambar di puncak batu yang mana mungkin tiupan angin boleh menarik/menolak korang ke tepi. Ini kerana, curam tinggi berada hanya beberapa meter daripada tempat bergambar.
Cara saya ke Gunung Datuk
Reviewed by Lah Mohd
on
21:37:00
Rating:
No comments: